I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Monday, August 9, 2010

Jangan ada Kesal

Dua hari selepas permergian arwah, aku seperti hilang semangat. Hasrat aku menjaganya tidak kesampaian. Tuhan sudah membawanya pergi di sisi-Nya. Aku terpinga-pinga. Setiap kali bangun tidur perasaan rindu yang teramat sangat menyusuk tajam ke hati. Semuanya hanya dapat dizahirkan dengan air mata. Puas tometo memujuk, aku tetap murung. Selesai solat, aku tak putus2 mendoakan agar tuhan beri aku kekuatan. Redha pemergian arwah.
Malam Ahad, mak menghubungi aku mengajak aku pulang ke rumah awah. Aku berfikir panjang. Aku jawab, aku tak kuat melihat semua yang berkaitan arwah. Mak aku menyahut dia tidak memaksa.
Ada sesuatu menyeru aku untuk pulang. Perasaan itu seperti galakkan dari arwah. Mungkin mahu aku kuat, mahu aku redha permergiannya. Pagi tadi aku pulang ke kediaman arwah. Sampai sahaja, aku lihat laman rumah sangat redup. Pandangan teralih ke atas pangkin rumah. Perasaan rindu lagi mencunak-cunak. Teringat tiap kali aku pulang, arwah akan duduk di kerusi atas pangkin dengan senyuman dan perasaan gembira melihat anak cucunya pulang. Rutin, aku terus mencium tangan, dahi dan kedua belah pipinya. Tapi pagi tadi, arwah tiada duduk di bangku itu menyambut kepulangan kami. Mata ku terus sahaja berkaca, tapi aku cepat2 kesat sebab tak mahu mak perasan. Aku tahu dia juga masih lemah. Kami naik ke atas rumah, mak cepat2 keluarkan kunci. Puas dia menyumbat masuk satu persatu kunci, namun pintu masih terkunci. Abah terus mengambil alih, mencuba semua ibu dan anak kunci. Pintu rumah masih terkunci rapat. Mak mengomel mengatakan pintu rumah itu memang selalunya arwah sahaja yang berjaya buka. Cepat2 mak menuruni anak tangga dan mengatur langkah ke rumah uncle meng minta bantuan. Uncle meng adalah jiran yang selalu tengok2kan arwah ketika dia masih hidup, jadi kalau arwah tiada dirumah uncle meng lah main peranan menjaga rumah itu. Uncle meng pun dah anggap arwah seperti ibunya.
Sementara menunggu mak memanggil uncle meng, aku pula cuba membuka pintu. Sekali cuba, pintu itu terus terbuka. Aku memanjatkan syukur. Aroma rumah yang menyimpan memori arwah menerpa. Setiap sisi rumah dipenuhi memori bersamanya. Aku seperti diuji. Perasaan rindu menjadi semakin kuat. Kuat sangat. Tilam bujang yang sudah lusuh beserta bantal tempat arwah beradu ku pandang sepi. Aku terus baring ke atas tilam. Melepaskan rindu. Agak lama aku dipembaringan. Semua memori tatkala aku baring disebelah arwah ketika hidup bermain laju difikiran seperti pita yang dimainkan semula.Apabila ku merasa puas, aku bangun dan berjalan ke ruang meja makan. Aku duduk pula di kerusi arwah selalu duduk waktu makan. Kemudian aku berjalan ke bilik. Pintu bilik kutolak perlahan. Sejadah dilipat dua yang diletakkan diatas kerusi masih kekal mengadap kiblat. Aku duduk dihadapannya. Bayangan arwah mengaji selepas menunaikan solat subuh menjelma di ingatanku. Sekali lagi, mataku berkaca dan mengalir perlahan tanpa dapat kutahan. Arwah selalu berpesan jangan tinggal solat. Beberapa ketika mak memanggil nama ku. Aku menuruni anak tangga ke ruang dapur. Ku amati setiap sudut dapur. Pandangan ku tertacap di sudut arwah duduk untuk mengawasi masakan keluarganya. Anak, cucu dan menantu yang duduk dihadapan bersedia menerima semua arahan darinya untuk menyiapkan hidangan makanan mengikut citarasanya. Perasaanku sepi. Pandangan terus beralih keluar jendela dapur. Sebuah pondok kecil tempat arwah membuat unggun api masih kukuh seperti dahulu. Mak menyapa ku dari belakang, Dia menyuruh aku menghidupkan api dapur. Kepala gas sudah dipasang tetapi mengapa api dapur tak dapat dihidupkan juga, Mak memanggil abah pula. Abah turun dan cuba menghidupkan api dapur. Juga tidak Berjaya. Kepala gas diperiksa lagi. Cara pemasangan betul. Gas pula diangkat. Masih berat. Mak bersuara mengatakan arwah cuba sekali sahaja dah berjaya. Abah tidak berputus asa. Dia melihat teliti kepala gas lalu bersuara “kepala gas ni terbalik, selalunya kita pusing kebawah, yang ni pusing ke atas,”. Pemetik dipusing dan api berjaya dihidupkan. Aku dan mak tersenyum. Mungkin arwah juga tersenyum. Selesai sahaja aku menggoreng ikan, aku teringat pondok kecil tadi. Aku masih belum ke situ. Tanpa berlengah, aku keluar melalui pintu dapur dan berjalan ke arah pondok. Sampai sahaja aku lihat timbunan kayu tersusun kemas di sisi pondok. Aku duduk mengadap tapak unggun. Teringat kenangan aku bersama arwah menyalai ayam. Arwah lah yang mengajar aku kehidupan di kampung. Aku diajar menangkap ayam dan proses2 seterusnya yang wajib dilakukan sendiri. Kalau dibandar ayam dibeli dan tinggal untuk dimasak sahaja. Tapi dikampung semuanya harus berdikari. Aku tersenyum sendiri. Langkah mula diatur ke atas rumah. Aku mula merasa selesa. Kerinduan dan kesedihan aku seperti terubat di rumah itu. Dengan bersemangat aku memulakan operasi matlamat kami pulang. Aku, along, abah dan mak menjalankan peranan masing2. Kami mula bekerja membersihkan rumah arwah. Rumah disapu dari setiap sudut. Semua sarung bantal dan tilam ditanggalkan dan dibasuh. Tilam lusuh tadi dijemur. Pangkin rumah juga dibasuh sehingga menuruni anak tangga. Uncle meng juga turut membantu memasang tiub getah yang panjang dari sumber air perigi. Petang itu kami menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang selalu kami buat ketika dikampung. Kami mengait buah manggis dan rambutan, yang meluyut-luyut hampir mencecah bumi. Mudah saja kami memetik. Aku dan Along membalut setiap biji buah belimbing muda dari dimamah serangga perosak. Kemudian, kami menyapu daun kering sekeliling rumah dan membakarnya. Selesai sahaja, aku mengait buah kelapa muda. Aku menunjukkan pada mak, bagaimana arwah mengajar aku mengait kelapa. Sebenarnya aku masih terkial-kial. Arwah sekali jolok sahaja buah sudah bergolek ke bumi. Kami melepaskan lelah dengan minum air kelapa muda di atas pangkin rumah. Jelas diwajah setiap kami kegembiraan dan kepuasan hati yang tidak kami suarakan. Perasaan itu dibiarkan sebati dihati.
Usai solat mahgrib kami mengatur langkah pulang. Sebelum menutup pintu pagar aku dan along menoleh memandang rumah tua itu. Lalu aku bersuara “selalunya kita balik, rumah ni berlampu, tapi kali ni gelap buat kali pertama.”
“Buat pertama kali jugak kita balik dengan perasaan sayu..” jawab along perlahan.

P’s: Kata abah jangan ada kesal, ini semua urusan tuhan. Arwah meninggal dunia pada hari jumaat selepas subuh. Pengurusan jenazah arwah juga sangat mudah dan cepat. Anak cucu dan menantu semuanya dapat mencium pipi arwah buat kali terakhir. Masa hidup, arwah memang tidak suka menyusahkan orang, jadi Allah merahmati arwah dengan kesempurnaan pengebumiannya. Rezeki arwah juga murah. Kami sekeluarga sudah disediakan makanan yang melimpah ruah dari jiran tetangga. Kenduri tahlil juga berjalan dengan sempurna. Minggu terakhir sebelum arwah pergi, dia sudah menyesaikan semua haknya. Arwah tidak mahu anak beranak berkelahi kerana arwah mahu pergi dengan tenang. Tiada apa yang tersimpul arwah tinggalkan untuk anak2 uruskan. Semuanya arwah selesaikan sebelum dia pergi ke sisi maha Pencipta.
Kini, kami semua harus meredhai pemergiannya dan meneruskan kehidupan tanpanya. Kepulangan aku ke kampung memberi aku sedikit kekuatan untuk menerima pemergian arwah. Kekuatan pada aku untuk teruskan hidup dan mengerti erti berdikari dan penghargaan. Arwah sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Abaikan semua rasa terkilan dan kesal disebabkan sesuatu yang tak dapat kita lakukan yang terbaik buat arwah semasa hidupnya. Apa yang penting adalah doa dan amal kita untuk bekalan arwah di alam barzah sebelum datangnya hari kiamat.

~al-fatihah untuk arwah seriah binti buyut-



2 comments:

rowena ridzuan said...
This comment has been removed by the author.
rowena ridzuan said...

memetik kata-kata SP saya yang juga sukakan kucing sangat-sangat macam awak;
"Lost LOVE is still LOVE"