I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Friday, August 22, 2008

March 27, 2008

Impak tendangan reality

Kau menjerit
Ini dunia relialiti
Bancuhan resipi pusingan paksi

Idealism hanya kubah fantasi
Melekakan si tuli di zon sendiri’
Kecut dan kolot menghiasi imaginasi
Perubahan dianggap kemusnahan bumi
Perang psychology ditahap infiniti
Menjajah minda bangsa yang lagaknya dijulang tinggi
Resam dituduh sebagai dikhianati
Nilai dan budaya tidak lagi dipengaruhi
Hasil impak tendangan realiti
Persaingan menjadi pertaruhan
Kepuasan menjadi julangan

15 march 08

Adakah kekuatan merentasi permaidani kebenaran?
Saat bila ku pejamkan mata, ingatan berputar ligat mengingati imbauan silam
Nyata semua tu tak mahu ku ulang.
Kekesalan tidak mahu ku coretkan tetapi tak mahu juga ku nafikan.
Ruang keceriaan yang ku tuntut selama ini, makin meresap menjadi molekul.
Kekosongan, ketandusan mahupun keciciran juga perhiasan diri
Yang terpampang hanya sementara
Mungkin tiada keberkatan kebahagian itu
Mata dunia menyisip sepi dunia jajahanku
Jika percaturan petak melangkah ke hadapan
Aku pula mengorak ke belakang
Biarpun ku tahu arah yang patut kuikuti
Biarpun kebenaran permaidani hakiki
Setiap detik persoalan menerjah gelombang kekuatan
Kondisi menuntut kesanggupan sanubari
Melayari arus ke muara kebenaran

Luluhnya modal insan

Bila ku lihat perinya, hatiku berdetik,
Indahnya modal insan dididik
Tiada tercela asuhan mereka
Tatangan minyak penuh sungguh tidak sia-sia
Kecewa perinya bukan milik mereka
Hanya hati menongkah bahagia
Melangkaui ingatanku pada cambahan benih
Bakanya dari gred A
Kitab suci serapan formula
Rahsia warisan yang teristimewa
Hasilnya tak ternilai harta dunia
Namun dunia adakah adilnya?
Tingkah laknatullah bermahajarela
Terjebak, terposok ke lurah durjana
Serangga perosak menghantui semesta
Ke garisan luluhnya modal insan melewati usia

keadaan takkan sama

Kehidupan tak semestinya mendatar. Kerana itu dijadikan musim dan cuaca di muka bumi ini. Bertukar ganti dan berubah dari semasa ke semasa.
Aku memerhati…
Walaupun Hati tetap sama.. tapi perasaan tak sama walaupun keduanya pun saling memerlukan.
Aku faham semuanya ni bersebab.
Semua ni bukan salah die. Aku yang tak tahu menghargai…
Aku tak tahu die menyedarinya atau tak. Maybe die masih confius. Atau mungkin tak mahu kecewakan aku.
Nyatanya kini, kita dah tak sehaluan.
Semuanya atas kesilapan semalam.
Maafkan aku… maafkan aku…
Awak,
Saya tahu saya banyak buat silap. Saya da fikir, lepas 2 bulan ni kita tak mungkin bersama lagi.
Awak,
Kita diberi kepayahan dan dugaan ini kerana ia adalah peluang kepada orang yang bijak berfikir supaya dapat menilai dengan baik. Disitulah keinsafan. Disitulah kebenaran.
Pilihan…
Awak ada banyak pilihan. Pastinya ini bukan pilihan yang awak nak. Awak ada cita-cita. Ada angan-angan sendiri. Jadi ada jalan yang lebih baik untuk awak bayangkan.
Sedih,
Sedih adalah salah satu intipati perasaan. Percayalah, bila awak fikirkan ke hadapan, kesedihan awak umpama habuk digilap dengan kain. Its all about time. Trust me.

Thursday, August 14, 2008

Laeave out all the rest

blog...
dah lame aku tak tulis blog. sekian lama aku semakin berhutang dengan masa. blog lepas aku menulis pasal ketidakpuasan hati aku terpendam dalam hati. kini aku mula membuka setiap simpulan ketidakpuasan hati. merenung semula kesilapan dan diriku yang sebenar.
lembaran baru hidup .
kini aku sudah berkerja.
aku baru menjinakkan diri berfikir erti kematangan. erti tanggungjawab. aku mula melepaskan kebodohan yang ku anggap dendam dari hati ku yang sakit.
seiring aku dikelilingi oleh insan2 yang sentiasa positif. mungkin mereka yang banyak membantu. semangat yang disejat masuk oleh aura2 mereka.
aku sedar apalah guna mengenang kesakitan yang kutanggung dahulu. sedangkan hakikat dunia sering berubah, dari kejahatan kepada kebaikkan dan juga disebaliknya. mungkin aku sudah memberi kemaaffan kepada kedaiffan dunia aku dahulu. wallahualam...