I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Saturday, February 12, 2011

Berenang ke tepian kolam

Abis kerja separuh hari kami terus balik ke hotel. Kami bertuah kerana makan tengah hari tadi ditaja bos di branch nusa bestari. Jadi kami tak perlu menyinggah di mana2 restoran. Sampai saja hotel, seperti yang di dirancang kami pun turun ke kolam renang. Yahoo! berenang lagi. Semalam, satu malam aku tido dalam kelenguhan yang amat sangat. Sendi-sendi rasa macam nak tercabut. Nasib aku tak kena kekejangan satu badan. Harini, aku turun lagi disertai semua rakan sekerja, kecuali si Ramlee, mamat yang suka buat kepala sendiri. Tak sempat nak ajak, sudah buat taik mata tanpa sedarkan diri macam kena bius tido.

Sampai saja tepi kolam, Ani yang berbadan paling kecil antara kami terus terjun. Berkepak-kepak tangan dia berenang dengan pantas sampai ke bahu kolam di seberang. Fuh! macam ikan yang terlepas ke dalam air gamaknya dia berenang, tak payah tarik nafas.

Kemudian, aku pun terjun!
Perlahan ja aku berenang dengan gaya kepala timbul atas air, menghala ke arah Ani.
"Weh macam katak la..." pekik Benjamin FlyingKick dari belakang. "Tak sangka budak kelate ni pandai berenang..." Benjamin mengomen si Ani.
"Aku ni ore kampung. Slalu berene blake' umah aku tu" jawab Ani dengan yakin. Lepas satu gaya, Ani berpusing menukar gaya kuak lentang.
Sampai hujung, aku dan Ani bersantai di tepi kolam.
"Ha, awat angpa dua duk bertinggung lagi tu? Terjun lah...!!" aku pula memekik. Sudin dan Benjamin main kocak-kocak air.
"Mu dua ore wat gapo duk ninggung situ. Maghie sini la!" kata Ani sambil berenang-renang ke tepian.
"Sejuk duh air ni.." Sudin terketar-ketar.
"Aik, belum masuk lagi dah sejuk... terjun je... "
Sudin dan Benjamin orangnya kurus kering. Baru kena tiup angin dah menggigil kesejukkan. Agak lama juga diorang ambik masa nak masuk dalam air. Mana taknya, kolam renang hotel dekat tingkat 11. Angin memang kuat, air kolam pun memang sejuk macam air sungai. Apapun, aktiviti petang tu berjaya kami lakukan dengan jayanya. Lama betul tak berenang, Teringat zaman belajar dekat uitm dulu. Boleh dikatakan seminggu tu, dua kali aku mesti turun berenang. Sekarang ni, dua bulan sekali pun belum tentu ada masa nak pergi berenang. Aku harap lepasni kena banyakkan lagi aktiviti berenang ni.

nota: peristiwa sudah terjadi dua hari yang lepas.