I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Tuesday, September 28, 2010

untuk kamu sayang

maafkan aku..

aku juga tak betah begini..

aku rindu kamu... sayang kamu... masih seperti dulu...

bahagia aku bersama kamu..


di setiap apa diri kamu aku kagumi..

kamu juga perkara terindah dalam hidupku..

kini biarkan aku sendiri..

mengenang setiap semua disini..

aku tidak sempurna

selayaknya aku tidak bisa memilikmu...

untuk kamu sayang..

hanya kamu mengerti aku...

dan untuk kamu sayang...

biarkan saja aku begini...

Friday, August 27, 2010

Tomet Ways To Reduce Tax

Tomet membelek2 kertas kecil bewarna putih yang dipegang lalu diselitkan dalam beg dompetnya. Tersenyum simpul seorang diri.
"Mana resit tadi?" soalnya tiba-tiba.
"Resit apa?" Soalku kembali.
"Resit beli barang rumah tadi lah," jawab Tomet. Matanya yang membulat memandangku mengharapkan aku ada menyimpan resit.
Aku membalas pandangan lalu tanpa ragu menjawab, "Mana ada saya ambik.... napa?"
"La.. kenapa tak ambik?"
"Saya rasa da betul orang tadi kira, baki pun betul.. jadi tak payahlah ambik resit tu.. nak buat ape?" soalan Tomet berbalas dengan soalan aku.
"Saya nak simpan untuk kurangkan cukai saya hujung tahun ni.."
"Maaf saya tak tahu.."
"Takpalah, lain kali awak simpan ye.."
Aku mengangguk faham.
...
Sebelum naik lif, aku ternampak sekeping buku ditangan Tomet. Buku itu bertajuk '100 ways to save tax in Malaysia.

Aku sengih2. Dia tanya mengapa? Aku hanya tersenyum.

Sempat aku membaca secara ringkas buku ni.. Diantara cara mengurangkan cukai adalah;

a) Membeli Buku

b) Membeli Komputer

c) Membeli rumah dan disewakan

d) Membeli barang2 dapur dirumah

Nak tahu lebih2, pinjam atau beli je buku yang Tomet baca. Beriya betul dia nak kurangkan cukai yang dia kena bayar buat kali pertama dalam hidupnya.

Apapun BUKTI pembelian tu kena disimpan secara baik... Jadi kalau beli barang2 yang tersenarai dalam cara2 kurangkan cukai tu silalah minta resit dari penjual.

when you remind me of someone

"weh... weh.."
"Ha apa..?"
"Aku nak bagitahu ko sesuatu .."
.....
.......
"Weh dengar tak?"
"Yup, ape? cakap je.."
"Ko.. ko dah wat diri aku yang mati dulu hidup semula..."
"erm.. kenapa ko cakap macam tu?"
"Ko mengingatkan aku pada seseorang yang pernah aku sayang satu ketika dulu.."

Tuesday, August 24, 2010

Hello Kamu

mana kamoo...?
senyap,
msg la saya beritahu kamu bagaimana...

Baazar.. oh Baazar


Baazar adalah nama yang dipanggil bagi deretan jualan juadah berbuka puasa. Kerana itu panggilan penuhnya 'Baazar Ramadhan'. Uniknya, baazar hanya terkenal untuk dalam satu bulan sahaja iaiti pada bulan puasa. Bulan Ramadhan adalah bulan rezeki sebab kita akan nampak ramai orang berniaga pada bulan ni. Bukan setakat orang bekerja sebagai tukang masak sahaja berniaga, malah orang yang bekerja sepenuh masa dipejabat juga mengambil kesempatan untuk berniaga. Ada yang jual kuih raya, baju raya, aksesori baju, perhiasan rumah, dan macam2 lagilah. Maka bulan puasalah kita akan tengok senario yang sangat berbeza dari bulan yang lain. Dimana-manapun memang sangat padat dan panjang deretan baazar.
Kebiasaanya, aku pergi membeli makanan untuk berbuka disini. Senang cakap, malas nak masak. Aku hanya memasak kalau pulang ke rumah orang tua ku sahaja. Kalau duduk dirumah sewa, aku lebih selesa membeli. Kebetulan, jalan aku balik ke rumah melalui laluan bazaar ni. Membeli setakat untuk yang mampu dimakan sahaja. Tak elok membazir. Tak pernah lagi bulan puasa kali aku membeli di tempat lain.
Jadi satu hari...
Kata Tomet, 'cukuplah kita beli makanan kat baazar' Jum la makan kat kedai pulak. Kita makan hidang.'
Akupun berfikir diluar kotak kebiasaanku..
'Ok je, tapi kita balik solat dulu lepastu kita cari kedai. Kalau kita pergi sekarang kita kena tunggu lama.. nanti terlepas semayang mahgrib..' jawabku sambil melihat jam pukul 720.
Tomet mengganguk perlahan tanda mengikut sahaja kataku.
Erm kesian kat dia, sebab tak dapat lagi makan hidang apatah lagi makan buffet bulan puasa kali ni. Bukan sebab aku taknak bawa, tapi sebab tak cukup masa. Tomet terpaksa balik lewat disebabkan kerja yang sentiasa melimpah-limpah. Jadi tatkala orang mengadap deretan makan, dia masih mengadap kerja.. kerja... Itupun aku bersyukur juga kadang2 dapat juga berbuka bersama dia di rumah. Selalunya, dia berbuka di pejabat... dan aku berbuka sorang2 di rumah..
Erm nak buat macam mana belum ada lagi rezeki nak rasa kelaianan...

Sunday, August 22, 2010

Bodoh sombong

Apabila kau Sombong;

a) Aku kan bergaya, cantik, sweet... dan cumel...
b) Eii tolonglah kenapa tak faham bahasa sangat ni. Aku da tak nak kat kau lah. Get out of my face boleh tak??
c) Aku dah ada segalanya, jadi aku tak hairanlah kalau korang takdapun. Selamani pun aku lone ranger!
d) Aku da sumpah diri aku jadi genius. Dan aku jadi neraka genius skrang!
e) Ko takpaham ke aku meluat, menyampah tengok ko. Nape nak datang jumpa2 aku ni. Pegi mamposla korang kat luar tu, akan takkan keluar jumpa korang!
f) Perlu ke aku nak ambik tahu kat mana kau nak merempat. Cukup-cukuplah ko menyusahkan orang.
g) Arghh.. banyak menda aku tak tahu. Tapi perlu ke aku tanya ko. Argh!! baik aku buat je sendiri. Tak perlu tanya ko.
h) Apa motif ko sibuk2 hal aku?
i) Kau faham tak aku tak suka dia. Jadi kalau dia ada aku taknak join! Aku meluat tengok dia.


Apabila kau ego;

a) Apsal aku pulak yang nak terhegeh-hegeh kat ko. Ko yang salah! sendiri mau ingatlah.
b) Rindunya kat ko.. tapi ko macam senyap je. Takkan aku yang nak mula call ko. Jatuh la maruah diri aku.
c) Aku ke yang salah? Takkan aku kena minta maaf. Arghh.. biarkan jelah. Nanti aku tegur je macam biasa. Wat takde menda. Kan senang.


Apabila sombong dan ego digabungkan, jadi lah kau sebagai bodoh sombong.


Sapalah kau dengan kesombongan dan keegoaan kau. Ingatlah secantik, sekaya, sepandai atau apa2 sahaja kelebihan yang kau fikir kau ada, semua tu milik maha Pencipta. Jadi kau jagalah amanah itu sebaiknya dan janganlah kau sombong dan bermegah-megah. Kerana sombong dan bermegah-megah adalah syirik kecil kerana kamu lupa siapa diri kamu. Ingatlah wahai sahabat, dunia ini pinjam-pijaman. Jadi berbuat baiklah sesama insan kerana mengasihi, menyayangi dan menghormati adalah benih kesejahteraan anda di alam hakiki. Insyallah.

Saturday, August 21, 2010

Skema

Kata kawan-kawan kepadaku "weh skema la ko'

Kawan A: Kadang2 aku perasan bila ko cakap, ayat ko cam dalam buku ar.. 'skema'
Kawan B: (sambil sengih2 berkata kawan lain dalam keta) Dia ni setiap kali nek keta mesti pakai seat belt. Dekat je pun. Skema duh.
Kawan C: (Pagi lebih kurang pukul 3 pg Di satu simpang trafik light) Takda kereta la.. napa nak tunggu. Eish x yah skema la.
Kawan D: Aku tengok komen2 ko dalam FB.. haha.. skema gile ayat.
Kawan E: Per.. nampak skema ar ko sikat rambut..
Kawan F: Err.. Blog awak skema ar..

aku: aku... skema? eerm....

Betul ke rakyat Malaysia tak Patriotik?


Berita jam 8 tadi menyiarkan komen kerajaan kecewa dengan sambutan kemerdekaan ke 53 tahun ni suram. Mereka mempersoalkan dimanakah semangat patriotisma. Rakyat dituduh sebagai materialistik dan individualistik. Wajar ke?

Patriotisma ialah sikap yang diserapi nilai2 positif yang memberi sumbangan kepada negara. Sikap positif seperti berbangga dengan pencapaian bangsa dan budaya lantas memelihara serta mempertahankannya.

Tapi tahun ni tak ramai yang bersemangat mengibarkan bendera Malaysia.
Mungkin sebab kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan puasa. Puasa ialah bulan ibadah. Jadi umat Islam khususnya berpusu-pusu mengejar akhiriah. Dunia tolak tepi pada bulan ni. Berlumba-lumba kumpul pahala.

Patriotisma adalah semangat nationalisma memperingati sejarah negara. Tapi adakah dengan mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan sudah cukup melambangkan apa yang dilaungkan sebagai patriotisma? Disebabkan ko tak kibar bendera ko dituduh sebagai materialistik dan pentingkan diri? Huh.. terlalu sinis tuduhan tu.

Setiap tahun kita sambut merdeka. Tapi nilai patriotisma yang tulen aku tak nampak pun. Tiap tahun kita kibar bendera. Sana sinilah kita tengok orang duk kibar bendera. Kerajaan buat kempen kibar bendera pada kenderaan. Tak cukup ngan tu premis perniagaan diwajibkan mengibarkan sekurang-kurang satu bendera. Kalau tak buat kena saman oleh kerajaan tempatan. Wajarkah semangat patriostima ni disuruh-suruh? Aku rasa pendekatan ni tak kena. Sebab tu tahun ni tak ramai orang kibar bendera.

Selain tu, kita mengiktirafkan sambutan pada malam kemerdekaan dengan sambutan konsert artis, pertunjukkan bunga api, kawad kaki dan laungan MERDEKA3!!! Hakikatnya, patriostisma ni simbolik sahaja. Rata-rata anak muda yang keluar malam kemerdekaan mengambil kesempatan tuk seronok2. Malam tulah malam segala kejadian gelap. Malam yang menyaksikan noktah2 hitam dalam modal insan yang kita perjuangkan. Tak payah aku sebut, sebab semuapun sedia maklum. Kalau tak percaya, tanyalah pada tukang sapu di taman KLCC pagi selepas malam kemerdekaan. Macam2 bukti dia jumpa. Cuma malas nak kecoh. Nanti kena gam.

Cukupla kut...Aku tak bole ulas panjang2... nanti kena dakwa dibawah ISA. Yelah, ni kan isu melibatkan kerajaan. Da ramai blogger kena tahan sebab mempersoalkan kerajaan. Jadi chow dulu...


Laguna Lagoon

Sukakan pantai? Nak bercuti dengan orang tersayang? Tapi pantai sekarang banyak yang kotor. Pantai belah pantai timur pula banyak tempat yang tak boleh mandi. Bahaya weh! tengah syok2 mandi sekali air bah datang ko dah kena tarik sampai ke tengah laut. Kata kawan aku orang pantai timur, dia cakap pantai yang boleh mandi dekat pantai timur ni pun banyak di daerah kemaman..

Okey skunk aku nak kongsi satu tempat yg aku ngan family pergi bercuti.Dah alang2 antar adik lelaki aku blajar kat Kuantan, bercuti lah sekali seperti kata perumpamaan alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Resort ni dikenali sebagai Laguna Lagoon terletak di daerah cherating, setengah jam dari bandar Kuantan. Dalam banyak2 resort yang kitorang survey, resort ni sangat ekonomi. Chalet yang disediakan berpatutan, selesa dan privasi. Bilik berhawa dingin, ada tv, dan keperluan asas yang lain juga disediakan. Sekeliling chalet ni berkonsepkan suasana di kampung. Jadi kat sini memang tenang. Seperti aku katakan tadi, pantai kat pantai barat banyak tak boleh mandi, jadi laguna lagoon ni menjadi pillihan sebab lokasi tempat ni ialah muara sungai. Kalau tengok gambar kat sebelah ni, kamu bole nampak kayu bakau disekeliling. Kalau dah dekat kayu bakau, jadi banyaklah nampak ikan berenang-renang. Ikan tu berenang celah-celah kaki je.


Dekat sini ada banyak aktiviti disediakan macam pain ball, mini skuter, wall climbing, barbeque, kayak dan banyak lagi la. Kami sekeluarga mestilah pilih aktiviti air...family suka main air!! Kat lagoon ni memang selamatlah nak mandi atau melakukan apa2 aktiviti air sebab takda ombak besar. Kitaran air pasang dan surut je sama macam laut. Ombak jauh dari lokasi ni. Jadi petang tu air surut kami pun mulakan aktiviti berkayak. Huh! air sangat cetek rupanya, jadi kalau berguling jatuh dalam air pun tak payah risau, paras betis je ketinggian air.
Pagi esoknya, kami berkayak ke tempat yang jauh sikit. Agak bahaya berkayak waktu pagi sebab arus air naik dengan cepat dan airnya deras. Jadi kena berhati-hati. Kalau tak larat nak kayuh menentang arus sungai dinasihatkan jangan pergi jauh. Kami yang berhasrat nak berkayak ke kampung sebelah terpaksa dilupakan atas dasar keselamatan bersama. Maka kami pun menukar arah ke pulau seberang. Pemandangan sangat cantik kat pulau ni, tenang dan nyaman. Ketenangan itu dihiasi dengan pasir yang putih lembut, pokok ru halus tinggi melintuk-lintuk mengikut arah angin, laut kebiruan, dan ombak yang menghempas pantai. Ada rumah berkonsepkan british terbina disitu melengkapkan lagi suasana nyaman dan tenang.
p/s: Recomended place to have holiday!!! :)





Friday, August 20, 2010

Sekujur badan berselimut belang



huhuhu... sekujur badan berselimut belang di pembaringan... aku pun pelik nape pagi ni gaya tomet tido cam len macam je.. selalunya tak pernah pun selimut selubung satu badan.. oh ya.. ni maksudnya aplikasi gaya kepompong tahap dewa peringkat ketujuh (sebab skunk da pukul 7 pagi)!!

Ini ke cara perempuan berkawan?

Hairan.. mana x hairan.. betul ke perempuan berkawan pilih bulu... kalau x sama get out of my face!!
Ciri perempuan berkawan;

1) Diorang suka judge dari first impression. Maksudnya kalau nampak orang tu cam len macam dari segi pakaian dan cara bercakap diorang da ada bad image kat orang tu.
2) Suka bercakap dibelakang kalau ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati mengenai kawan sendiri. Nak cakap depan2 x berani.
3) Tak suka berterus terang kalau rasa taknak ikut ajakan kawan. Selalunya mereka suka berbasi basi. Depan cakap ok, tapi belakang duk fikir apa alasan yang logik tuk tolak ajakan. Kononnya x nak lukakan hati kawan kalau terus cakap tak nak.
4) Lebih suka melarikan diri dari bertembung dengan kawan yang x disenangi. Tapi bila dah berdepan berlakon macam ok.
5) Mengaku sana sini kawan baik, tapi hakikatnya kawan mereka tu muncul bila nak tahu apa perkembangan kau sahaja. Bila kau susah ada ke diorang ni semua?
6) Bila kawan ko susah hari2 la ko akan dengar suara dia ngadu tu ini. Masa ni ko akan tengok dia selalu ada depan mata ko. Tapi bila dia da senang, tanya kabar ko pun takda.
7) Bila ko pulak susah, ko g la minta tolong dia. Tapi dia pun akan jawab akupun tengah susah.
8) Selalu iri hati dengan kelebihan kawan sendiri. Jadi hasud kawan lain untuk menjatuhkan imej kawan tu. Bukannya dapat apa2 pun. Yang penting puas hati.
9) Perempuan tak perlu sebab yang kukuh pun untuk membenci atau memulaukan kawannya, apa yang penting adalah diri sendiri ada klik2 yang ngam dengan dia.
10) Suka berbangga kalau berkawan dengan kawan yang ada darjat, rupa, status dan kekayaan. Masa ni la nak tunjuk yang ko selalu dengan dia. Walhal orang tu tak buat apa2 pun tuk kau. Kawan kampung yang takda rupa, kekayaan dan status nila yang duk tolong kau korban macam2 sini sikitpun ko xpose dia. Bila kau berjaya ko cakap kejayaan kau atas usaha kau. Terima kasih pada kawan sedarjat kau!
11) Perempuan tak suka kawan baik dia rapat dengan orang lain. Bile kawan baik kau keluar ngan kawan lain, kau terus tarik muka. Alasan? entah ? cemburu mungkin... (situasi ini selalu aku hadapi masa sekolah rendah dulu. Susahlah camni kena control. Tapi jangan terkejut, da tua pun ada lagi perempuan yang buat perangai camni...)
12) Kalau ada kawan kau buat silap dan kau sakit hati, kau takkan pergi berbincang dengan dia, tetapi kau akan benci dia sepenuhnya. Sampai kebaikkan dia kau butakan mata. Hanya nak fokus keburukkan dia sahaja. Kenapa ya?
Kata kawan2 aku, aku jenis orang yang tak reti simpan apa yang aku tak puas hati. Lantang je nak tegur apa2 walaupun orang itu rapat dengan aku. Bukan lah tengking2.. cakap elok2 la.. hormat orang sebelum nak orang hormat kita, pesan orang tua. Bagi aku kawan adalah cermin yang terbaik untuk memberitahu apa2 kekurangan kita yang perlu diperbaiki. Kata perumpamaan 'Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Rasa sayang hey.. rasa sayang2 hey! hey lihat nona manis, rasa sayang2 hey..' hehehe.. syok pulak nyanyi.
Okey, sebenarnya aku akui tak semua perempuan bersikap macam yang aku cakap tadi, tapi tak juga aku nafikan perempuan ada yang bersikap macam tu bila berkawan. Jadi musabahlah diri, ada ke ciri2 tu dalam diri kita. Kalau ada cepat2 lah minta maaf pada kawan kita. Ingat, dunia ni sangat lah fana, kalau ada antara kita pergi dulu, sempatkah kita nak perbaiki semua kesilapan itu?
Aku pun ada kelemahan dalam berkawan, sebab tu tak ramai kawan perempuan rapat dengan aku. Adalah seketul dua. Tapi tak kisahlah, yang penting ada kejujuran, keikhlasan dan saling sayang menyayangi. Buang perasaan hasad dengki, iri hati dan bermegah-megah insyallah kita akan nampak hubungan persahabatan yang sejati. Okey, wat kata tomet ala2 ustaz hotfm... 'renung2 kan dan selamat beramal...'

Blog kena hack



blog tomet kena hack. Habis lay out rosak. Satu malam dia duk edit layout blog. Macam2 layout, template, warna, tulisan dan bla2... die alter.... macam nak pilih baju ar.. semua pun cam x kena. Da penat edit dia minta komen aku... aku jawab janji bole baca sudah.. x yah complicated sangat..

The Climb

Harini aku minta balik awal. Awal kerana aku dah rasa ngantuk2 duduk di ofis. Jadi lebih baik aku rehat saja dirumah. Masuk saja kawasan apartment setinggi 25 tingkat, aku terus parking moto aku di deretan motosikal berhadapan pintu lif. Aku lihat beberapa lelaki maintenance berkumpul disitu.
"Pasang CCTV kut.." duga hati aku kerana pernah terbaca notis pemberitahuan pemasangan CCTV dalam lif apartment beberapa hari yang lepas. Akupun beriaksi tenang terus memasang mangga kunci pada tayar skuter gemuk ku. Aku berjalan perlahan ke muka pintu lif.
"Eish susahlaa camni.. apa nak buat ni..." aku terdengar suara perempuan mengomel seorang diri di belakangku. Nadanya sedikit marah bercampur bengang.
Belum sempat aku menekan butang lif, perempuan tadi bersuara lagi..
"Rosakla dik.. lif rosak..." katanya sambil menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Kemudian bercakap di telefon sambil berlalu pergi. Aku beristighfar dalam hati.
"Lama lagi ke naik repair menda ni?" tegur aku pula pada bro2 maintenance yg duduk melepak atas deretan motosikal. Salah seorang dari mereka mengangkat bahu sambil bibir menjuih ke arah pejabat apartment.
"Lama lagi kut..x bole nak cakap berapa lama," ujar seorang mamat beruniform maintenance yg berdiri depan lif. Ditangannya memegang papan tanda bewarna kuning tertera 'kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan'.
Aku berfikir sejenak...
berfikir lagi beberapa ketika...
"Uh tinggkat 17!' dengus hati kecil aku. Pandangan aku berkalih ke muka pintu tangga kecemasan. Tak pernah lagi kaki aku menggunakan tangga ini untuk naik ke atas. Selalunya diri aku diangkat naik terus ke atas dengan satu nafas sahaja. Hehe.. tu pasala aku senang jadi gemuk!
Akhirnya aku membuat keputusan. Kalau aku tunggu, tak pasti lagi berapa lama lagi aku kena tunggu. Aku dahlah x suka menunggu. Nak2 pula menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku bertekad dalam hati.
"Ini antara dugaan aku dalam bulan posa. Moga Allah ampunkan dosa2 aku.Bismillah.." Akupun melangkah naik anak tangga pertama, kedua dan seterusnya.
Baru tingkat dua... huhu beratnya badan aku ni...
Naik lagi...
Tingkat 4.. eish nape lutut aku cam menggigil lak ni.. kan aku muda lagi... abaikan,.. naik lagi.. chayok!
Tingkat 7... ada 10 tingkat lagi.. tangan aku da mula mengurut2 lutut.. Rasa seperti mahu tersembam . Aku terus berpaut pada lengan tangga. Tula da lama x naik tangga. Ofis aku yang dua tingkat tu pun aku naik escalator. Padan muka aku!
Beberapa ketika aku dengar tapak kaki mendekati. Aku ingatkan orang naik macam aku. Rupanya turun.
"Lif rosak eh dik?' tegur sepasang suami isteri. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan sambil mengukir senyuman tawar. Kehausan di tekak semakin mencunak-cunak. Aku beristighfar lagi.
Aku melangkah lagi dengan penuh tekad. Entah berapa orang berselisih ngan aku, aku x perasan. Tapi semuanya turun.
Aku sudah sampai ke tinggkat 12.. huhu..
"Uh banyak lagi tingkat nak turun.." aku dengar suara lelaki bercakap sendiri ketika berselisih.
"Oklah tu turun.. sy naik," kata aku selamba. Lelaki itu memandang aku.
"Tingkat bape?" soalnya.
"17" jawabku yang sudah lelah.
Dia tersenyum lalu meneruskan langkah. Akupun meneruskan perjalanan dengan kudrat yang masih bersisa. Ketika menaiki satu persatu anak tangga, aku teringat pagi tadi aku bangun dalam keadaan agak bengang kerana terlepas waktu sahur. Huhuhu... dugaan2... Perut aku pula menyanyi2 dengan sumbang memberi isyarat lapar..
'sabar eh' pintaku pada si perut..
Akhirnya aku sampai ke tingkat teratak ku...
Alhamdullillah.. Aku bermunajat..
Aku buka pintu rumah.. langkah aku semakin longlai.. pintu bilik ku kuak perlahan... Aku tersandar di atas sofa... Rasa sengal2 badan, kejang, lapar dan dahaga menggamit iman aku...
"Ya Allah kuatkan iman aku.. aku mahu berpuasa..." kata hati aku perlahan.. Entah bila aku pun terlelap di sofa..

Dan bila aku bangun dengan kuasa Allah, tiada lagi rasa dahaga, lapar, kejang dan sengal2 badan... semuanya hilang meresap entah kemana... Aku terus menunaikan kewajipan wajibku tanpa berlengah kerana sudah hampir waktu Asar...
Alhamdulillah....

Tuesday, August 17, 2010

Untuk entri Art of Hyprocracy

Entri ni da lama aku tulis. Olahannya agak kasar dan pedas. Tak sesuai untuk kebanyakkan lapisan individu. Aku minta maaf kalau entri ini menyinggung perasaan mana2 individu. Takut kalau maksud dan tujuan disalah ertikan. Mungkin waktu itu, aku susah untuk menyatakan dengan penulisan yang lembut dan sesuai dibaca oleh semua.

Tujuan entri itu hanya mahu memberi nasihat kepada insan yang pemendam;

ini ciri orang pemendam.... pemendam mendorong kamu menjadi hipokrit;

1) Kalau kamu seorang yang tidak berani berterus terang, kamu sentiasa dibelungi konfik di dalam diri. Kamu seorang pemendam yang memberontak dalam diam.
2)Kamu akan merasa diri kamu diketepikan, tidak dianggap penting, tiada keyakinan diri dan sentiasa merasa orang sekeliling tidak puas hati dengan diri kamu. Kerana itu kamu selalu merasa diri kamu susah didampingi dan mendampingi.
3) Apa jua yang kamu capai, tidak pernah mencapai kepuasan. Kamu akan menggunakan apa sahaja untuk mencapai cita-cita kamu tanpa mempedulikan insan2 yang mengambil berat mengenai diri kamu.
4) Lama kelamaan, diri kamu menjadi mudah marah dan tidak berpendirian. Dengan sekelip mata kamu boleh berubah fikiran sehingga membebankan insan2 tersayang disisi kamu. Penat mereka berfikir mengapa kamu begini. Tapi kamu dengan mudah menganggap mereka memusuhi kamu dan berfikiran jahat ke atas diri kamu.
5) Kamu sering merasa keseorangan, ditindas dan dianiaya. Terlalu ramai orang disekeliling yang kamu benci dan menjauhkan diri. Bagi kamu mereka ini hanya menyusahkan kamu. Kamu lebih selesa memekakkan telinga, mendiamkan diri dan pergi menjauh dari berdepan dengan masalah. Kamu takut sekiranya kamu dikritik dan dimarahi.
6) Kamu selesa memendam kerana kamu tidak mahu rasa kehilangan, tapi hakikatnya kamu banyak kehilangan. Seperti contoh, kamu tidak mahu bertanya apa yang terbaik kerana takut orang menganggap diri kamu bodoh dan terlalu bergantung, lalu terus membuat keputusan. Sebenarnya kamu sudah kehilangan ilmu yang tidak mahu kamu tanyakan itu.
7) Orang pemendam sebenarnya berfikiran tertutup. Tidak mahu menerima pendapat, teguran dan berkongsi cerita. Kamu sering menganggap diri kamu cukup berdikari, tidak mempunyai masalah dan tidak perlukan teman sebagai tempat bergantung.
8) Bila orang bertanya perasaan kamu, dengan pantas sahaja kamu menjawab kamu ok. Kamu selesa berbohong, tapi tidakkah kamu sedari yang kamu membohongi diri sendiri.
9) Kamu sering berasa sedih kerana kamu suka mengaitkan sesuatu tragedi silam ke dalam diri kamu. Tanpa kamu sedari sebenarnya kamu menjadi seorang pendendam. Kamu berdendam dengan diri kamu sendiri. Perkara lepas sentiasa membelungi diri kamu dan menganggap tiada keadilan buatmu.
10) Sebenarnya, kamu tidak pasti perasaan kamu sekarang. Kadang2 kamu sangat sensitif dan kadang2 kamu berhati kering.

Sekiranya semua ciri2 ini ada pada diri kamu, dinasihatkan agar kamu dapat berfikiran terbuka. Belajarlah kamu cara untuk meluahkan... Meluahkan tidak semestinya menyelesaikan masalah. Tetapi ketahuilah sesungguhnya meluahkan dapat menyelesaikan separuh darinya...

Monday, August 16, 2010

Semangat Helang


Isnin, 2 pagi... aku masih di ofis tometo.. ini bukan kali pertama dia masih di ofis diwaktu dingin bergini... ini kebiasaan dia. Aku sudah pening2 kerana mengantuk. Skrin komputer ditatap tometo dengan kusyuk. Dia menaip, sekejap berhenti kemudian menyelak-nyelak kertas dan fail di atas meja. Sambung semula menaip.
"Saya da cakap haritu dengan bos saya, biar sy serve awal2 then dia kata hold dulu, skrang da nak due date baru suruh sy buat. Bile x sampai, petang tadi pukul 5 baru die suruh saya serve direct kepada director.." tometo mengomel ke arah ku. Menerangkan betapa dia x mahu menyusahkan aku menunggu. Dalam mamai, fikiran aku sedikit blank. Tak tahu nak komen ape.

Isnin, mamai2 aku fikir pukul 5 pagi.
Aku terbangun kerana jam tometo yang berdering entah sejak bile. Mungkin dalam mimpi aku tadi yang dok membingit adalah jam ni. Sengal betul. Tiba2 satu denyutan yang sangat kuat seperti sesuatu hentakan kuat menyerang kepala. Aku menahan sakit. Sedari aku bangun, tometo pun bangun dalam kekalutan. Terus dia buka laptop.
"Kan saya da kata semalam, awak tdo dulu lepastu bangun buat kerja. Sakit kepala saya sebab awak x tutup lampu lepastu awak tdo asyik banyak bergerak.. Sy tdo pun x lena." marahku pada tometo.
"Kenapa nak marah sangat2 ni? Bukannya saya sengaja. Awak ada lagi 4jam tdo.Saya 2 jam je tdo...." panjang kami bergaduh. Puas berbalah, kami diam. Aku bangun menjerang air guna cerek letrik. Tometo meneruskan kerja. Trit... trit... bunyi printer menjalankan tugas yang diarah tometo.
Bengkak je rasa hati melihat dia dengan kerjanya. Makin dicucuk-cucuk sakit kepala mendengar bunyi mesin. Aku sabar. Baik aku sahur dahulu. Air cokelat panas dicicah biskut gula. Puas makan aku melangkah ke bilik air, ambil air semayang. Sejadah sudah dibentang. Aku duduk disebelah tometo menunggu azan. Tometo pula asyik menaip naip tanpa mengendahkan aku.
Selepas 15 minit....
"Eish nape x azan2 lagi ni.." ngomel ku seorang diri.
"Yela.. subuh kan masuk pukul 550.." celah tometo tanpa pusing mengadap aku. Mata dan jarinya masih sibuk mengadap tubuh laptop.
Mataku mengerling jam dinding yang sudah terkoyak mukanya. Ku amati betul2..
"Eish baru pukul 5.." Aku malu sendiri. Tometo x pula memerli aku. Selalunya dia mesti gelakkan aku kalau aku melakukan sesuatu yang memalukan diri.
"nape wat hal pulak ni.." marah2 tometo pada printer yang tiba2 tersekat. Kejap tekan butang ni, kejap tekan butang tu. Tak bergerak juga.
"Meh la saya buat.." aku bersuara. Tometo memandang ku dan mencebik.
"Tak payahla, biar saya buat sendiri.. nanti awak x cukup tdo.." bentah tometo. Nada yang menurun. Nada sedih.
"Saya lagi x boleh tdo kalau tengok printer ni x bole gerak," jawabku perlahan. Tometo menggeleng-gelengkan kepala besarnya.
"Saya minta maaf sebab marah2 tadi..maaf ye.." kepala tometo yang besar ku pegang aksi memujuk.
"Saya pun minta maaf sebab saya buat awak x bole tdo sampai sakit kepala.."
Aku dan tometo pun sama2 tersenyum....

... Lepas semayang aku sambung tdo... bangun je aku lihat tometo da xda... ke mahkamah la tu kalau gerak pagi sangat.. kata firasat ku....

Monday, August 9, 2010

Jangan ada Kesal

Dua hari selepas permergian arwah, aku seperti hilang semangat. Hasrat aku menjaganya tidak kesampaian. Tuhan sudah membawanya pergi di sisi-Nya. Aku terpinga-pinga. Setiap kali bangun tidur perasaan rindu yang teramat sangat menyusuk tajam ke hati. Semuanya hanya dapat dizahirkan dengan air mata. Puas tometo memujuk, aku tetap murung. Selesai solat, aku tak putus2 mendoakan agar tuhan beri aku kekuatan. Redha pemergian arwah.
Malam Ahad, mak menghubungi aku mengajak aku pulang ke rumah awah. Aku berfikir panjang. Aku jawab, aku tak kuat melihat semua yang berkaitan arwah. Mak aku menyahut dia tidak memaksa.
Ada sesuatu menyeru aku untuk pulang. Perasaan itu seperti galakkan dari arwah. Mungkin mahu aku kuat, mahu aku redha permergiannya. Pagi tadi aku pulang ke kediaman arwah. Sampai sahaja, aku lihat laman rumah sangat redup. Pandangan teralih ke atas pangkin rumah. Perasaan rindu lagi mencunak-cunak. Teringat tiap kali aku pulang, arwah akan duduk di kerusi atas pangkin dengan senyuman dan perasaan gembira melihat anak cucunya pulang. Rutin, aku terus mencium tangan, dahi dan kedua belah pipinya. Tapi pagi tadi, arwah tiada duduk di bangku itu menyambut kepulangan kami. Mata ku terus sahaja berkaca, tapi aku cepat2 kesat sebab tak mahu mak perasan. Aku tahu dia juga masih lemah. Kami naik ke atas rumah, mak cepat2 keluarkan kunci. Puas dia menyumbat masuk satu persatu kunci, namun pintu masih terkunci. Abah terus mengambil alih, mencuba semua ibu dan anak kunci. Pintu rumah masih terkunci rapat. Mak mengomel mengatakan pintu rumah itu memang selalunya arwah sahaja yang berjaya buka. Cepat2 mak menuruni anak tangga dan mengatur langkah ke rumah uncle meng minta bantuan. Uncle meng adalah jiran yang selalu tengok2kan arwah ketika dia masih hidup, jadi kalau arwah tiada dirumah uncle meng lah main peranan menjaga rumah itu. Uncle meng pun dah anggap arwah seperti ibunya.
Sementara menunggu mak memanggil uncle meng, aku pula cuba membuka pintu. Sekali cuba, pintu itu terus terbuka. Aku memanjatkan syukur. Aroma rumah yang menyimpan memori arwah menerpa. Setiap sisi rumah dipenuhi memori bersamanya. Aku seperti diuji. Perasaan rindu menjadi semakin kuat. Kuat sangat. Tilam bujang yang sudah lusuh beserta bantal tempat arwah beradu ku pandang sepi. Aku terus baring ke atas tilam. Melepaskan rindu. Agak lama aku dipembaringan. Semua memori tatkala aku baring disebelah arwah ketika hidup bermain laju difikiran seperti pita yang dimainkan semula.Apabila ku merasa puas, aku bangun dan berjalan ke ruang meja makan. Aku duduk pula di kerusi arwah selalu duduk waktu makan. Kemudian aku berjalan ke bilik. Pintu bilik kutolak perlahan. Sejadah dilipat dua yang diletakkan diatas kerusi masih kekal mengadap kiblat. Aku duduk dihadapannya. Bayangan arwah mengaji selepas menunaikan solat subuh menjelma di ingatanku. Sekali lagi, mataku berkaca dan mengalir perlahan tanpa dapat kutahan. Arwah selalu berpesan jangan tinggal solat. Beberapa ketika mak memanggil nama ku. Aku menuruni anak tangga ke ruang dapur. Ku amati setiap sudut dapur. Pandangan ku tertacap di sudut arwah duduk untuk mengawasi masakan keluarganya. Anak, cucu dan menantu yang duduk dihadapan bersedia menerima semua arahan darinya untuk menyiapkan hidangan makanan mengikut citarasanya. Perasaanku sepi. Pandangan terus beralih keluar jendela dapur. Sebuah pondok kecil tempat arwah membuat unggun api masih kukuh seperti dahulu. Mak menyapa ku dari belakang, Dia menyuruh aku menghidupkan api dapur. Kepala gas sudah dipasang tetapi mengapa api dapur tak dapat dihidupkan juga, Mak memanggil abah pula. Abah turun dan cuba menghidupkan api dapur. Juga tidak Berjaya. Kepala gas diperiksa lagi. Cara pemasangan betul. Gas pula diangkat. Masih berat. Mak bersuara mengatakan arwah cuba sekali sahaja dah berjaya. Abah tidak berputus asa. Dia melihat teliti kepala gas lalu bersuara “kepala gas ni terbalik, selalunya kita pusing kebawah, yang ni pusing ke atas,”. Pemetik dipusing dan api berjaya dihidupkan. Aku dan mak tersenyum. Mungkin arwah juga tersenyum. Selesai sahaja aku menggoreng ikan, aku teringat pondok kecil tadi. Aku masih belum ke situ. Tanpa berlengah, aku keluar melalui pintu dapur dan berjalan ke arah pondok. Sampai sahaja aku lihat timbunan kayu tersusun kemas di sisi pondok. Aku duduk mengadap tapak unggun. Teringat kenangan aku bersama arwah menyalai ayam. Arwah lah yang mengajar aku kehidupan di kampung. Aku diajar menangkap ayam dan proses2 seterusnya yang wajib dilakukan sendiri. Kalau dibandar ayam dibeli dan tinggal untuk dimasak sahaja. Tapi dikampung semuanya harus berdikari. Aku tersenyum sendiri. Langkah mula diatur ke atas rumah. Aku mula merasa selesa. Kerinduan dan kesedihan aku seperti terubat di rumah itu. Dengan bersemangat aku memulakan operasi matlamat kami pulang. Aku, along, abah dan mak menjalankan peranan masing2. Kami mula bekerja membersihkan rumah arwah. Rumah disapu dari setiap sudut. Semua sarung bantal dan tilam ditanggalkan dan dibasuh. Tilam lusuh tadi dijemur. Pangkin rumah juga dibasuh sehingga menuruni anak tangga. Uncle meng juga turut membantu memasang tiub getah yang panjang dari sumber air perigi. Petang itu kami menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang selalu kami buat ketika dikampung. Kami mengait buah manggis dan rambutan, yang meluyut-luyut hampir mencecah bumi. Mudah saja kami memetik. Aku dan Along membalut setiap biji buah belimbing muda dari dimamah serangga perosak. Kemudian, kami menyapu daun kering sekeliling rumah dan membakarnya. Selesai sahaja, aku mengait buah kelapa muda. Aku menunjukkan pada mak, bagaimana arwah mengajar aku mengait kelapa. Sebenarnya aku masih terkial-kial. Arwah sekali jolok sahaja buah sudah bergolek ke bumi. Kami melepaskan lelah dengan minum air kelapa muda di atas pangkin rumah. Jelas diwajah setiap kami kegembiraan dan kepuasan hati yang tidak kami suarakan. Perasaan itu dibiarkan sebati dihati.
Usai solat mahgrib kami mengatur langkah pulang. Sebelum menutup pintu pagar aku dan along menoleh memandang rumah tua itu. Lalu aku bersuara “selalunya kita balik, rumah ni berlampu, tapi kali ni gelap buat kali pertama.”
“Buat pertama kali jugak kita balik dengan perasaan sayu..” jawab along perlahan.

P’s: Kata abah jangan ada kesal, ini semua urusan tuhan. Arwah meninggal dunia pada hari jumaat selepas subuh. Pengurusan jenazah arwah juga sangat mudah dan cepat. Anak cucu dan menantu semuanya dapat mencium pipi arwah buat kali terakhir. Masa hidup, arwah memang tidak suka menyusahkan orang, jadi Allah merahmati arwah dengan kesempurnaan pengebumiannya. Rezeki arwah juga murah. Kami sekeluarga sudah disediakan makanan yang melimpah ruah dari jiran tetangga. Kenduri tahlil juga berjalan dengan sempurna. Minggu terakhir sebelum arwah pergi, dia sudah menyesaikan semua haknya. Arwah tidak mahu anak beranak berkelahi kerana arwah mahu pergi dengan tenang. Tiada apa yang tersimpul arwah tinggalkan untuk anak2 uruskan. Semuanya arwah selesaikan sebelum dia pergi ke sisi maha Pencipta.
Kini, kami semua harus meredhai pemergiannya dan meneruskan kehidupan tanpanya. Kepulangan aku ke kampung memberi aku sedikit kekuatan untuk menerima pemergian arwah. Kekuatan pada aku untuk teruskan hidup dan mengerti erti berdikari dan penghargaan. Arwah sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Abaikan semua rasa terkilan dan kesal disebabkan sesuatu yang tak dapat kita lakukan yang terbaik buat arwah semasa hidupnya. Apa yang penting adalah doa dan amal kita untuk bekalan arwah di alam barzah sebelum datangnya hari kiamat.

~al-fatihah untuk arwah seriah binti buyut-