I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Thursday, November 22, 2012

Manisnya Iman Mereka benih kemenangan Palestine

Harini ialah hari kemenangan Palestine. Berhari-hari Palestin diserang teruk oleh regim zionis Yahudi. Hari-hari bilangan kematian rakyat Palestine meningkat sehingga bilangan melebihi dua kaliganda rakyat Yahudi sendiri. Gaza diserang dengan sewenang-wenangnya. Sasaran utama tentera zionis ini bukan sahaja  bertumpu kepada pejuang Hamas tapi golongan2 wanita dan anak2 kecil.

Tapi ingatlah semana kaya, kuat atau besar tetap ALLAH HUAKHBAR!!!!

Alangkah manisnya iman mereka...
Seorang anak kecil masih tersenyum walaupun sebahagian badannya sudah berkecai. Budak itu tersenyum kerana dia mati syahid dan tempatnya tentu di syurga. Begitu juga perjuang2 di Palestine. Mereka kata jangan doakan mereka selamat tetapi doalah mereka mati syahid. Tak kurangnya juga golongan ibu di sana, mereka juga sentiasa mendoakan anak mereka mati syahid kerana mempertahankan negara dan agama.

Orang Yahudi fikir kejayaan mereka merobohkan masjid, pejabat kerajaan, balai polis dan kematian ketua angkatan Hamas dapat melemahkan jentera pejuang Palestine. Hakikatnya, nadi perjuangan mereka semakin kuat dan seinchipun tidak melemahkan semangat mereka.

Sebenarnya, keimanan rakyat Palestine kepada Allah Azawajalla adalah nadi kemenangan mereka. Tentera Yahudi ketakutan. Penaakulan mereka tenyata salah. Tetapi perdana menteri Israil itu tetap sombong dan bongkak. Dia mengiktirafkan kejayaan membunuh ramai rakyat Palestine dan bangunan2 penting roboh sebagai kejayaan kekuatan tenteranya.

Harini hari baik buat Palestine. Sebagai umat Islam kita harus bergembira atas kemenangan saudara seagama meraikan keamanan mereka. Bersyukur ke hadratmu Ya Allah.... Iyyakanakbudu waiyya kanas ta inn..-"Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan..."

ALLAH HUAKHBAR!!!!

Monday, November 19, 2012

Fighter or Quitter

Ustazah ngaji: Err... Saya tahu awak tuju kat sapa..
Big Bawang: Saya tulis untuk diri sayalah.
Ustazah ngaji: Dalam hidup kite tak ramai quitter yang kita kenal. Kebanyakannya fighter.
Big Bawang: Saya tak mention sapa2. Tulisan itu untuk saya supaya saya ingat nikmat tuhan. Sbb saya hanya hamba Nya yg daif lagi hina. Banyak yang saya perlu perbaiki

Ridiculous

Ana: Ridiculous la perangai kau..
Bimbo: (.....) angkat kening
Ana: Perkataan tak menzahirkan maksud
Bimbo: Ye aku tahu
Ana: Kau tahu tak guna kalau tak buat
Bimbo: Aku nak buatlah ni... tengah buat...
Ana: Hasil?
Bimbo: (.....) aku cuba
Ana: Kau tak cuba pun... kau acuh tak acuh je
Bimbo: Aku akan buat.. sekarang pun aku tengah betulkan kesilapan aku yang dulu.
Ana: Yang dulu tak boleh dibetulkan lagi. Yang penting kau tak ulangi lagi kesilapan yang sama. Sampai bile kau nak berputar pada petak yang sama.
Bimbo: Bagi aku masa
Ana: Dah banyak masa kau terbuang sebenarnya. Hello kawan, jangan jadi orang yang rugi.




Friday, November 9, 2012


Disaat aku mahu menulis coretan ini, aku berdoa sedalam hatiku 'Ya Allah kuatkan semangatku'

Ateh datang kepadaku sambil tangannya menghulurkan sesuatu. Sesuatu yang sangat aku tahu pemiliknya. Aku mengenggam seeratnya. Mengamati dan mengusap perlahan. Loceng ditengah rantai kemek teruk. Talinya pula sudah terburai akibat geseran kuat dan keras.

"Haritu rantai ni penuh darah, tapi jiran kita dah cuci dan bagi pada kitorang," luah ateh tenang tapi jelas diwajah hatinya diruntum sedih. Aku pula hanya mendiamkan diri. Masih mengamati dan mengusap rantai itu.





Elak atau tak kisah

Elak ...
Bile otak dah berat nak fikir, aku akan elak dari bercakap mengenainya. Berharap perkara itu terus pergi dimakan masa yang berlalu. 
Datang lagi perkara lain. Lakukan perkara yang sama. Berulang kali. Dan lagi.. dan lagi.
Kini, semuanya menjadi layar yang sentiasa berulang dan tergantung. Alangkah indahnya kalau aku dapat meluahkannya dgn mudah. 

Tak kisah,
Perkara yang remeh temeh memang aku tak suka nak ambik kisah. Buang masa. Baik aku fokuskan sesuatu yang berfaedah. Perkara yang aku tak kisah ni lah senang berlalu pergi ditelan masa.

Apa sebenarnya yang aku nak kaitkan antara elak dan tak kisah ni?
Elak adalah perkara isu besar tapi sebenarnya aku kisah.
Tak kisah pula ialah perkara yang remeh yang aku boleh dengar tanpa perlu befikir berat dan aku tak perlu nak elak.

Adakah aku seorang suka ambil berat dengan perkara remeh?
Jangan salah anggap.
Aku elak menghadap perkara berat sebab aku perlu lakukan sesuatu untuk membetulkannya.
Tapi perkara yang remeh aku tak kisah untuk berbuat apa2.

Monday, January 2, 2012

Percaturan yang salah

Quote dari kata2 kawan aku di FB. Aku komen, meh aku ajar ko macam mana main catur.

Sebut pasal main catur, ingat lagi zaman sekolah aku dulu, main catur adalah minat aku. Catur mengajar aku bukan sekadar mengatur langkah untuk matikan pihak lawan, tapi juga befikir mengagak langkah pihak lawan. Disebabkan minat aku, aku suka perkara yang dirancang. Merancang sebelum bertindak. Tapi tak semua apa yang aku agak itu akan menjadi. Maka, kita mesti ada plan yang kedua atau ketiga. Yang penting kita jangan putus asa sampai permainan tamat. Kalah dan menang itu soal dipenghabisan permainan. Tak kisahlah, asalkan aku tak mengaku kalah dulu.

Percaturan hidup sama seperti aplikasi permainan catur tadi. Tak semua yang kita rancang akan jadi seperti yang kita sangkakan. Tapi persoalannya, mampukah kita bertahan? mampukan kita berdiri dengan pendirian yang kita pertahankan? Adakah perasaan kesal akan muncul dikemudian hari? Adakah kita masih mampu untuk terus melangkah?

Bila ini berlaku, janganlah kau terus menunding jari menyalahkan dia, apabila dia tidak seperti yang kamu sangkakan. Mungkin sebenarnya kau sendiri tidak cukup mengerti dan memahami kekuatan dan kekurangan diri kau sendiri. Seperti permainan catur tadi, setiap biji catur ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Ada yang mampu melangkah satu atau dua langkah, ada yang hanya boleh melangkah berbentuk L, hanya menyerong dan kiri dan kanan.

Jadi sebelum kau memandang pihak lawan, renungilah dan fahamilah penilaian diri kau sendiri. Sebenarnya, untuk memahami dan mengetahui kelemahan dan kekuatan sendiri adalah lebih susah berbanding pihak lawan.