I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Sunday, December 23, 2007

talk as person that against the law

sebelum ko baca tulisan aku kat blog ni. aku nak tegaskan, ape yang aku tulisni bukan nak pertahankan yang diri aku betul. Jauh sekali nak nyatakan yang diri aku baik. aku sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. aku sekadar bertindak sebagai insan yang tidak mahu memikirkan ape yang betul dan apa yang salah. aku takde intention nak cakap akulah otai atau berlagak macam bagus. Apapun yang terang lagi bersuluh, semua yang aku ceritakan adalah dari kelemahan aku dan kesalahan yang pernah aku lakukan sebagai mengimbau sejarah aku.

masa aku sekolah dulu, mak abah aku selalu naik angin. sebab ape diorang angin? sebab aku nakal. sebab aku degil. budak jahat! anak dehaka! (nila kata2 yang selalu terpacul dari mulut mereka kalau dah marah tahap sawan babi) ponteng sekolah antara favorite aku. asal aku hangin atau ade benda yang aku tak puas hati aku akan blah dari sekolah macam tu je. kalau aku tak datang sekolah, aku akan berambus dari sekolah time rehat. Selalunya pengawas tak boleh nak tahan sebab aku akan belah sebelum sempat pengawas nak buat ape2 tindakan pun. pernah gak diorang cube kejar, pastu ambik nama. aku bagi je. esok lusa ada la pengawas panggil suruh g pejabat sekolah.

time tu aku poteng bukan sebab aku suka, tapi sebab aku nak ngelak dari bergaduh kat sekolah. nak ngelak dari kebosanan mengadap kawan2 yang cari pasal dengan aku. dan nak ngelak dari berjumpa dengan cikgu yang menjengkelkan. pernah aku ngamuk dalam kelas. abis kerusi meja tunggang langgang. kebiasaan bile cikgu tanye kenapa gaduh? aku akan cakap takde menda hal kecik je..
sesi kaunselling dah menjadi rutin aku setiap minggu. aku dan kawan2 seangkatan akan dikerahkan buat kerja2 kebajikan kat sekolah. tak cukup dengan maki, rotan, kerja kebajikan dan dimalukan depan orang ramai, cikgu bagi warning dengan merekodkan merit setiap kesalahan yang aku buat. aku baik laa sekejap. pastu buat balik perangai lama.

walaupun sekolah aku didirikan tembok yang setinggi 4 meter dan bertahtakan dawai besi dan kaca, aku dan kawan2 berjaya juga melepasi rintangan yang dianggap enteng tu. aktiviti biasa tonton video lucah dan 'smoke'. melepak kat shopping compleks tu kadang2 jadi port lepak kitorang. ape lagi klu tak main video games, main bowling, bergurau tanpa memikirkan orang sekeling, songlap barang2 kat situ dan macam2 lagilah..

aku bernasib baik sebab tak join member hidu gam dan ganja. klu aku buat menda ni aku takkan masuk universiti tempatan dan berkawan dengan budak2 taraf boarding school, sure mat2 pit je jadi member sejati aku. keseluruhannya ape yang aku da buat tu aku rasa puas! aku rasa bebas! dan aku rasa aku tak berpura-pura dengan diri aku! rasa kuat dan rasa aku berkuasa ke atas diri sendiri!

so.. nape aku cite benda nie semua...?
Nape aku nak luahkan as person that againts the law... ?
sebab aku da bosan mengadap kata2 kosong, kejian, maki, dan sumpah seranah kau terhadap orang2 seperti aku....
why?
aku akan jelaskan tuk next entry aku....