I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Monday, September 15, 2008

Pesanan ni ku tuju untuk tometo.



tometo,
dalam setahun. aku ditemani ko.

Banyak perkara dan peristiwa yang kita lalui. Tak kira peristiwa itu sempat tuk direnung atau tidak. Hari demi hari ko masih disisiku. Walaupun macam mana pun aku.

Terima kasih untuk ko. Terima kasih kerana masih memberi ruang tuk melayan kebodohanku. Menerima kesilapanku. Mendengar rungutan negatron milikku.

Bo layan kedegilanku. Menghulurkan tangan dalam kesusahanku.

Pun begitu, ko juga pertahankan hak ku.

Ko diam tatkala marahku melimpah. Malah ko pula memohon kemaafan walaupun jelas kesilapan itu dibahuku.

Tometo….

Kebelakangan ini ko kerap melenting. Entah mana satu lagi kebodohan ku lakukan. Aku tahu kemarahan itu pasti dari ketidaksempurnaan milikku.

Diam! Arahko kepadaku.

Terpinga-pinga aku dalam kebuntuaan.

Lelahku mimikirkan silapku.

Tadi kita berbual, bergurau, menyakat dan bergelak tawa. Kejap ni ko da memuncungkan bibir tersinggung hati.

Mungkin diam yang ko pinta itu terbaik buat kita.

Kalau aku ada kuasa macam jiboatz, da lama kugunakan tuk menyelam setiap molekul perasaan ko. Boley aku agak sebelum aku buat silap. Supaya ati ko tak terasa bengkak menahan sabar dengan kebodohanku. Supaya aku ko tak tarik muka masam mencuka.

Sebab klu ko diam aku tak tahu nak ngadu kat siapa. Sunyi betul dunia aku waktu ni.



tometo dalam kepompong

Petang semalam skuter gemuk berwarna biru ku memecut laju, menyelit-nyelit disebalik kereta, bas lori dan macam2 kenderaan yang tidak sempat kuamati. Kini, aku tak rasa meluap-luap rasa bengang dengan keadaan lalu lintas yang wajibnya sesak waktu petang. Semua mahkluk bumi SA ni nak juga berebut2 balik tepat pada waktunya. Aku salah seorang dari peserta yang tak ketinggalan tuk sertai perebutan sengit.

Sampai rumah, seperti biasa jiran yang kuanggap muka2 menempel tu da pun bertengkek di meja makan yang diletakkan di kaki lima rumah. Nyampah tul aku setiap kali nak keluar dan balik rumah muka jiran tempel ni lagi wajib pun ada terjojol disitu. Takda ke kerja nak buat dalam rumah. Aku tengok nak kopek bawang pun kena kopek depan rumah jugak ke? Aku rasa hampir 70% aktiviti yang sepatutnya buat dalam rumah diorang dengan selamba je buat dekat pankin sempit depan rumah yang pastinya port dapat menyaksikan sesiapa saja lalu. Aku buat muka tak senang dengan kewujudan muka tempel disitu. Aku terus jalan naik tangga ke teratak murah ditingkat 3.

Ku bukak pintu bilik. Kulihat tometo elok berselubung selimut tebal. Kepalanya yang besar tu elok terlentok selesa diatas bantal 2 lapis. Syok betul aku tengok muka dia tidur dalam bilik berhawa dingin bersuhu 16C. Sengaja ku meninggi intonasi suara menegurnya.

“Oii budak gemuk, berapa jam lagi nak buat taik mata tu?”

“Da tido macam waktu malam pulak” bebel ku.

Tometo menguik-nguik kan badan, tanda suaraku itu menganggu tido. Harini si tometo balik awal. Awal dari hari biasa dia dapat pulang kerumah. Tak salah aku satu2 nya hari tometo tidur siang!

Fikiran dengkiku menguasai. Aku terus menjunamkan diri disebelahnya sambil mulut terkumat kamit membebel.

“Weh udah2lah! Bangun kite g beli makan berbuka ni. Kang lambat tinggal sisa je” tometo menyembunyikan kepala dalam selimut tebal. Suaraku yang memekik2 tadi memang tidak disenangi.

Oh tak berkesan rupenya suaraku macam komander menjerit di padang kawat untuk mengejutkan dia. Aku lancarkan pula teknik kedua. Aku goleng2 badan ku diatas nya. Tometo naik berang! Die membalas perbuatan aku dengan cubaan menolak ku.

“Kerek ye? Nah rasakan!” badannya yang berisi macam tometo itu kutendang sekuat tenaga.

BERDEPUP! Tometo jatuh dari katil.

“Tak boleh tengok orang senang betul!” cebik tometo lalu terus keluar bilik.

haha! berjaya juga, sengihku.