I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Monday, September 15, 2008

Pesanan ni ku tuju untuk tometo.



tometo,
dalam setahun. aku ditemani ko.

Banyak perkara dan peristiwa yang kita lalui. Tak kira peristiwa itu sempat tuk direnung atau tidak. Hari demi hari ko masih disisiku. Walaupun macam mana pun aku.

Terima kasih untuk ko. Terima kasih kerana masih memberi ruang tuk melayan kebodohanku. Menerima kesilapanku. Mendengar rungutan negatron milikku.

Bo layan kedegilanku. Menghulurkan tangan dalam kesusahanku.

Pun begitu, ko juga pertahankan hak ku.

Ko diam tatkala marahku melimpah. Malah ko pula memohon kemaafan walaupun jelas kesilapan itu dibahuku.

Tometo….

Kebelakangan ini ko kerap melenting. Entah mana satu lagi kebodohan ku lakukan. Aku tahu kemarahan itu pasti dari ketidaksempurnaan milikku.

Diam! Arahko kepadaku.

Terpinga-pinga aku dalam kebuntuaan.

Lelahku mimikirkan silapku.

Tadi kita berbual, bergurau, menyakat dan bergelak tawa. Kejap ni ko da memuncungkan bibir tersinggung hati.

Mungkin diam yang ko pinta itu terbaik buat kita.

Kalau aku ada kuasa macam jiboatz, da lama kugunakan tuk menyelam setiap molekul perasaan ko. Boley aku agak sebelum aku buat silap. Supaya ati ko tak terasa bengkak menahan sabar dengan kebodohanku. Supaya aku ko tak tarik muka masam mencuka.

Sebab klu ko diam aku tak tahu nak ngadu kat siapa. Sunyi betul dunia aku waktu ni.



1 comment:

rowena ridzuan said...

awak!!!! awak tak bodoh la...