I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Sunday, August 14, 2011

Nota ibu: Kecamuk

Udara malam itu sangat segar. Mungkin kerana hujan yang turun selepas panas berpanjangan satu hari. Orang-0rang ditaman sudah ramai berbondong ke masjid berdekatan. Masih ada lagi yang baru keluar rumah. Langkah mereka pantas kerana azan Isyak baru berkumandang. Diantara mereka Neli dan ibunya. Ibu cuba menyaing langkah Neli. Menyedari ibu agak kebelakang, Neli memperlahankan langkah.
"Bu.. cepat... orang dah nak mula sembahyang..."
"Maafkan ibu.. ibu tak dapat nak jalan laju sangat"
Tercungap-cungap ibu mengejar langkah Neli.
"Takpa bu.. Nel tunggu. Ibu jalan ikut langkah yang ibu selesa. Nel akan ikut langkah ibu."
Nel menghulurkan tangan, ibu menyambut erat tangan itu. Mereka jalan beriringan.
"Bu... "
"Ya sayang," sahut ibu sambil mengukir senyuman berseri-seri. Dihati ibu, dia sangat gembira kerana Nel mahu menemani dia ke masjid malam itu.
"Ibu nampak penat." tangan ibu terasa agak sejuk. Nel menggenggam erat tangan wanita yang sudah mencecah lebih setengah abad itu.
"Harini, ramai pelanggan.. jadi ibu agak penat," balas ibu lembut.
"Lepas sembahyang ni, kita balik ibu rehat ya."
Ibu hanya menggangguk.
"Bu... macam mana termujanji ibu dengan doktor Rey haritu. Ibu tak cakap lagi dengan Nel." Terdetik hati Nel mahu bertanya. Dia baru teringat, sudah sebulan temujanji ibu dengan Doktor Rey, tapi ibu tidak beritahu apa-apa kepadanya lagi.
Ibu hanya diam. Hanya kedengaran langkah mereka diselangi kenderaan lalu lalang.
"Ibu dengan Nel ibu boleh kongsi apa sahaja selama ini. Jadi apa salahnya Nel tahu kesihatan ibu. Ibu... ibu adalah orang yang paling penting dalam dunia ni bagi Nel."
"Nel... " suara ibu agak menekan. Barangkali mencari kekuatan untuk bersuara.
Nel terus mengenggam erat tangan ibu. Hatinya mula berdebar-debar.
"Ibu disahkan ada masalah jantung.." luah ibu perlahan.
Nel kaget. Dia tidak mahu bertanya untuk ibu mengulang apa yang disebutkan. Neli tidak mahu dengar apa yang didengari itu buat kali kedua. Nel tidak berkata apa-apa lagi. Apa yang didengarnya itu seolah-olah hanya mainan perasaan. Tapi Neli sedar itu bukan suara ilusi ibunya. Neli rasa bersalah. Sepatutnya, dia bersabar sahaja tanpa perlu meminta ibu berjalan pantas. Fikiran Neli terus mengimbau perubahan ibu semenjak dua bulan lepas. Fikiran Neli berkecamuk!





Saturday, February 12, 2011

Berenang ke tepian kolam

Abis kerja separuh hari kami terus balik ke hotel. Kami bertuah kerana makan tengah hari tadi ditaja bos di branch nusa bestari. Jadi kami tak perlu menyinggah di mana2 restoran. Sampai saja hotel, seperti yang di dirancang kami pun turun ke kolam renang. Yahoo! berenang lagi. Semalam, satu malam aku tido dalam kelenguhan yang amat sangat. Sendi-sendi rasa macam nak tercabut. Nasib aku tak kena kekejangan satu badan. Harini, aku turun lagi disertai semua rakan sekerja, kecuali si Ramlee, mamat yang suka buat kepala sendiri. Tak sempat nak ajak, sudah buat taik mata tanpa sedarkan diri macam kena bius tido.

Sampai saja tepi kolam, Ani yang berbadan paling kecil antara kami terus terjun. Berkepak-kepak tangan dia berenang dengan pantas sampai ke bahu kolam di seberang. Fuh! macam ikan yang terlepas ke dalam air gamaknya dia berenang, tak payah tarik nafas.

Kemudian, aku pun terjun!
Perlahan ja aku berenang dengan gaya kepala timbul atas air, menghala ke arah Ani.
"Weh macam katak la..." pekik Benjamin FlyingKick dari belakang. "Tak sangka budak kelate ni pandai berenang..." Benjamin mengomen si Ani.
"Aku ni ore kampung. Slalu berene blake' umah aku tu" jawab Ani dengan yakin. Lepas satu gaya, Ani berpusing menukar gaya kuak lentang.
Sampai hujung, aku dan Ani bersantai di tepi kolam.
"Ha, awat angpa dua duk bertinggung lagi tu? Terjun lah...!!" aku pula memekik. Sudin dan Benjamin main kocak-kocak air.
"Mu dua ore wat gapo duk ninggung situ. Maghie sini la!" kata Ani sambil berenang-renang ke tepian.
"Sejuk duh air ni.." Sudin terketar-ketar.
"Aik, belum masuk lagi dah sejuk... terjun je... "
Sudin dan Benjamin orangnya kurus kering. Baru kena tiup angin dah menggigil kesejukkan. Agak lama juga diorang ambik masa nak masuk dalam air. Mana taknya, kolam renang hotel dekat tingkat 11. Angin memang kuat, air kolam pun memang sejuk macam air sungai. Apapun, aktiviti petang tu berjaya kami lakukan dengan jayanya. Lama betul tak berenang, Teringat zaman belajar dekat uitm dulu. Boleh dikatakan seminggu tu, dua kali aku mesti turun berenang. Sekarang ni, dua bulan sekali pun belum tentu ada masa nak pergi berenang. Aku harap lepasni kena banyakkan lagi aktiviti berenang ni.

nota: peristiwa sudah terjadi dua hari yang lepas.

Monday, January 24, 2011

Sekarang Topeng Kau Pecah

Sesuatu yang rutin tanpa ada siapa yang peduli. Hidup aku berputar dengan sesuatu yang rutin. Dan aku rasa tenang di situ. Tak mahu rasa hati dikhianati atau disakiti.
Diam.. dan sunyi...
Bila aku tahu siapa kau.. aku tak mahu percaya lagi...
Aku tahu kau akan baca coretan ini. Dan kau tahu siapa kau bagi aku sekarang,
Aku takkan buang kau dari status kau sekarang. Sebab itu bukan hak aku. Hak aku kini cuma mahu kau tahu apa aku yang aku rasa tentang diri kau.
Kau..
Bila kau sedih aku temani kau. Yakinkan kau bahawa masih ada keindahan dalam hidup ini.
Bila kau sunyi, aku ada bila masa kau perlukan. Bila kau marah aku tadahkan telinga mendengar.

Semahunya aku tak mahu tahu siapa kau yang sebenarnya... kerana aku tak mahu tahu pahitnya kebenaran yang menerjah otak aku.

Kau memakai topeng yang berwatakkan seorang kawan yang paling naif dan aku percaya..
Sekarang Topeng kau pecah.
Kau cakap adik kau eksiden...
Kau cakap kau naik pangkat...

walhal.. adik kau tak eksiden dan sebelum kau berenti kau tak naik pangkat pun.. Sanggup kau tipu aku kaw2 punya...

Motif?

Aku bukan mak kau sampai ko susah sangat nak straight forward.. Aku hanya kawan yang terlalu percayakan kau selama ni.. Walaupun dunia luar menjerit-jerit kat telinga aku kenapa mereka pergi jauh dari orang mcam kau.

Itu apa yang aku tahu... dan aku tak mahu tahu lagi apa yang aku tak tahu...

Lagu dari Tam Spider Untuk Kau,

Kau Saja... Buat sarang labah2..
Kau saja buat susah aku baca...
Satu cerita banyak pecahan... bersimpul-simpul sampai tak nampak kesudahan..

Tak payahla aku nak cerita usaha aku tuk tolong kau waktu tu. Sebab pada aku, kau tak perlu cipta alasan bombastic untuk cakap indirect "sorry aku tak berminat". Bagi aku kalau kau cakap tak berminat aku tak kisah pun sebab aku boleh terima alasan itu. Aku bukan budak2 yang kau rasa lagi cool untuk sumbat dengan cerita2 fantasi kau.

Sorry bro, for once and last time, i believe on you...