I can't be who you are

when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...

Sunday, August 14, 2011

Nota ibu: Kecamuk

Udara malam itu sangat segar. Mungkin kerana hujan yang turun selepas panas berpanjangan satu hari. Orang-0rang ditaman sudah ramai berbondong ke masjid berdekatan. Masih ada lagi yang baru keluar rumah. Langkah mereka pantas kerana azan Isyak baru berkumandang. Diantara mereka Neli dan ibunya. Ibu cuba menyaing langkah Neli. Menyedari ibu agak kebelakang, Neli memperlahankan langkah.
"Bu.. cepat... orang dah nak mula sembahyang..."
"Maafkan ibu.. ibu tak dapat nak jalan laju sangat"
Tercungap-cungap ibu mengejar langkah Neli.
"Takpa bu.. Nel tunggu. Ibu jalan ikut langkah yang ibu selesa. Nel akan ikut langkah ibu."
Nel menghulurkan tangan, ibu menyambut erat tangan itu. Mereka jalan beriringan.
"Bu... "
"Ya sayang," sahut ibu sambil mengukir senyuman berseri-seri. Dihati ibu, dia sangat gembira kerana Nel mahu menemani dia ke masjid malam itu.
"Ibu nampak penat." tangan ibu terasa agak sejuk. Nel menggenggam erat tangan wanita yang sudah mencecah lebih setengah abad itu.
"Harini, ramai pelanggan.. jadi ibu agak penat," balas ibu lembut.
"Lepas sembahyang ni, kita balik ibu rehat ya."
Ibu hanya menggangguk.
"Bu... macam mana termujanji ibu dengan doktor Rey haritu. Ibu tak cakap lagi dengan Nel." Terdetik hati Nel mahu bertanya. Dia baru teringat, sudah sebulan temujanji ibu dengan Doktor Rey, tapi ibu tidak beritahu apa-apa kepadanya lagi.
Ibu hanya diam. Hanya kedengaran langkah mereka diselangi kenderaan lalu lalang.
"Ibu dengan Nel ibu boleh kongsi apa sahaja selama ini. Jadi apa salahnya Nel tahu kesihatan ibu. Ibu... ibu adalah orang yang paling penting dalam dunia ni bagi Nel."
"Nel... " suara ibu agak menekan. Barangkali mencari kekuatan untuk bersuara.
Nel terus mengenggam erat tangan ibu. Hatinya mula berdebar-debar.
"Ibu disahkan ada masalah jantung.." luah ibu perlahan.
Nel kaget. Dia tidak mahu bertanya untuk ibu mengulang apa yang disebutkan. Neli tidak mahu dengar apa yang didengari itu buat kali kedua. Nel tidak berkata apa-apa lagi. Apa yang didengarnya itu seolah-olah hanya mainan perasaan. Tapi Neli sedar itu bukan suara ilusi ibunya. Neli rasa bersalah. Sepatutnya, dia bersabar sahaja tanpa perlu meminta ibu berjalan pantas. Fikiran Neli terus mengimbau perubahan ibu semenjak dua bulan lepas. Fikiran Neli berkecamuk!