Harini aku minta balik awal. Awal kerana aku dah rasa ngantuk2 duduk di ofis. Jadi lebih baik aku rehat saja dirumah. Masuk saja kawasan apartment setinggi 25 tingkat, aku terus parking moto aku di deretan motosikal berhadapan pintu lif. Aku lihat beberapa lelaki maintenance berkumpul disitu.
"Pasang CCTV kut.." duga hati aku kerana pernah terbaca notis pemberitahuan pemasangan CCTV dalam lif apartment beberapa hari yang lepas. Akupun beriaksi tenang terus memasang mangga kunci pada tayar skuter gemuk ku. Aku berjalan perlahan ke muka pintu lif.
"Eish susahlaa camni.. apa nak buat ni..." aku terdengar suara perempuan mengomel seorang diri di belakangku. Nadanya sedikit marah bercampur bengang.
Belum sempat aku menekan butang lif, perempuan tadi bersuara lagi..
"Rosakla dik.. lif rosak..." katanya sambil menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Kemudian bercakap di telefon sambil berlalu pergi. Aku beristighfar dalam hati.
"Lama lagi ke naik repair menda ni?" tegur aku pula pada bro2 maintenance yg duduk melepak atas deretan motosikal. Salah seorang dari mereka mengangkat bahu sambil bibir menjuih ke arah pejabat apartment.
"Lama lagi kut..x bole nak cakap berapa lama," ujar seorang mamat beruniform maintenance yg berdiri depan lif. Ditangannya memegang papan tanda bewarna kuning tertera 'kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan'.
Aku berfikir sejenak...
berfikir lagi beberapa ketika...
"Uh tinggkat 17!' dengus hati kecil aku. Pandangan aku berkalih ke muka pintu tangga kecemasan. Tak pernah lagi kaki aku menggunakan tangga ini untuk naik ke atas. Selalunya diri aku diangkat naik terus ke atas dengan satu nafas sahaja. Hehe.. tu pasala aku senang jadi gemuk!
Akhirnya aku membuat keputusan. Kalau aku tunggu, tak pasti lagi berapa lama lagi aku kena tunggu. Aku dahlah x suka menunggu. Nak2 pula menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku bertekad dalam hati.
"Ini antara dugaan aku dalam bulan posa. Moga Allah ampunkan dosa2 aku.Bismillah.." Akupun melangkah naik anak tangga pertama, kedua dan seterusnya.
Baru tingkat dua... huhu beratnya badan aku ni...
Naik lagi...
Tingkat 4.. eish nape lutut aku cam menggigil lak ni.. kan aku muda lagi... abaikan,.. naik lagi.. chayok!
Tingkat 7... ada 10 tingkat lagi.. tangan aku da mula mengurut2 lutut.. Rasa seperti mahu tersembam . Aku terus berpaut pada lengan tangga. Tula da lama x naik tangga. Ofis aku yang dua tingkat tu pun aku naik escalator. Padan muka aku!
Beberapa ketika aku dengar tapak kaki mendekati. Aku ingatkan orang naik macam aku. Rupanya turun.
"Lif rosak eh dik?' tegur sepasang suami isteri. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan sambil mengukir senyuman tawar. Kehausan di tekak semakin mencunak-cunak. Aku beristighfar lagi.
Aku melangkah lagi dengan penuh tekad. Entah berapa orang berselisih ngan aku, aku x perasan. Tapi semuanya turun.
Aku sudah sampai ke tinggkat 12.. huhu..
"Uh banyak lagi tingkat nak turun.." aku dengar suara lelaki bercakap sendiri ketika berselisih.
"Oklah tu turun.. sy naik," kata aku selamba. Lelaki itu memandang aku.
"Tingkat bape?" soalnya.
"17" jawabku yang sudah lelah.
Dia tersenyum lalu meneruskan langkah. Akupun meneruskan perjalanan dengan kudrat yang masih bersisa. Ketika menaiki satu persatu anak tangga, aku teringat pagi tadi aku bangun dalam keadaan agak bengang kerana terlepas waktu sahur. Huhuhu... dugaan2... Perut aku pula menyanyi2 dengan sumbang memberi isyarat lapar..
'sabar eh' pintaku pada si perut..
Akhirnya aku sampai ke tingkat teratak ku...
Alhamdullillah.. Aku bermunajat..
Aku buka pintu rumah.. langkah aku semakin longlai.. pintu bilik ku kuak perlahan... Aku tersandar di atas sofa... Rasa sengal2 badan, kejang, lapar dan dahaga menggamit iman aku...
"Ya Allah kuatkan iman aku.. aku mahu berpuasa..." kata hati aku perlahan.. Entah bila aku pun terlelap di sofa..
Dan bila aku bangun dengan kuasa Allah, tiada lagi rasa dahaga, lapar, kejang dan sengal2 badan... semuanya hilang meresap entah kemana... Aku terus menunaikan kewajipan wajibku tanpa berlengah kerana sudah hampir waktu Asar...
Alhamdulillah....
I can't be who you are
when my times come forget the wrong that i've done, let me leave behind some reasons to be missed. Don't resent me when your feeling empty. Keep me in your memory... leave out all the rest... forgetting all the hurt inside you learn to hide so well.. pretending someone else can come and safe me from myself.. i can't be who you are...
Friday, August 20, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Untuk entri Art of Hyprocracy
Entri ni da lama aku tulis. Olahannya agak kasar dan pedas. Tak sesuai untuk kebanyakkan lapisan individu. Aku minta maaf kalau entri ini menyinggung perasaan mana2 individu. Takut kalau maksud dan tujuan disalah ertikan. Mungkin waktu itu, aku susah untuk menyatakan dengan penulisan yang lembut dan sesuai dibaca oleh semua.
Tujuan entri itu hanya mahu memberi nasihat kepada insan yang pemendam;
ini ciri orang pemendam.... pemendam mendorong kamu menjadi hipokrit;
1) Kalau kamu seorang yang tidak berani berterus terang, kamu sentiasa dibelungi konfik di dalam diri. Kamu seorang pemendam yang memberontak dalam diam.
2)Kamu akan merasa diri kamu diketepikan, tidak dianggap penting, tiada keyakinan diri dan sentiasa merasa orang sekeliling tidak puas hati dengan diri kamu. Kerana itu kamu selalu merasa diri kamu susah didampingi dan mendampingi.
3) Apa jua yang kamu capai, tidak pernah mencapai kepuasan. Kamu akan menggunakan apa sahaja untuk mencapai cita-cita kamu tanpa mempedulikan insan2 yang mengambil berat mengenai diri kamu.
4) Lama kelamaan, diri kamu menjadi mudah marah dan tidak berpendirian. Dengan sekelip mata kamu boleh berubah fikiran sehingga membebankan insan2 tersayang disisi kamu. Penat mereka berfikir mengapa kamu begini. Tapi kamu dengan mudah menganggap mereka memusuhi kamu dan berfikiran jahat ke atas diri kamu.
5) Kamu sering merasa keseorangan, ditindas dan dianiaya. Terlalu ramai orang disekeliling yang kamu benci dan menjauhkan diri. Bagi kamu mereka ini hanya menyusahkan kamu. Kamu lebih selesa memekakkan telinga, mendiamkan diri dan pergi menjauh dari berdepan dengan masalah. Kamu takut sekiranya kamu dikritik dan dimarahi.
6) Kamu selesa memendam kerana kamu tidak mahu rasa kehilangan, tapi hakikatnya kamu banyak kehilangan. Seperti contoh, kamu tidak mahu bertanya apa yang terbaik kerana takut orang menganggap diri kamu bodoh dan terlalu bergantung, lalu terus membuat keputusan. Sebenarnya kamu sudah kehilangan ilmu yang tidak mahu kamu tanyakan itu.
7) Orang pemendam sebenarnya berfikiran tertutup. Tidak mahu menerima pendapat, teguran dan berkongsi cerita. Kamu sering menganggap diri kamu cukup berdikari, tidak mempunyai masalah dan tidak perlukan teman sebagai tempat bergantung.
8) Bila orang bertanya perasaan kamu, dengan pantas sahaja kamu menjawab kamu ok. Kamu selesa berbohong, tapi tidakkah kamu sedari yang kamu membohongi diri sendiri.
9) Kamu sering berasa sedih kerana kamu suka mengaitkan sesuatu tragedi silam ke dalam diri kamu. Tanpa kamu sedari sebenarnya kamu menjadi seorang pendendam. Kamu berdendam dengan diri kamu sendiri. Perkara lepas sentiasa membelungi diri kamu dan menganggap tiada keadilan buatmu.
10) Sebenarnya, kamu tidak pasti perasaan kamu sekarang. Kadang2 kamu sangat sensitif dan kadang2 kamu berhati kering.
Sekiranya semua ciri2 ini ada pada diri kamu, dinasihatkan agar kamu dapat berfikiran terbuka. Belajarlah kamu cara untuk meluahkan... Meluahkan tidak semestinya menyelesaikan masalah. Tetapi ketahuilah sesungguhnya meluahkan dapat menyelesaikan separuh darinya...

Monday, August 16, 2010
Semangat Helang
Isnin, 2 pagi... aku masih di ofis tometo.. ini bukan kali pertama dia masih di ofis diwaktu dingin bergini... ini kebiasaan dia. Aku sudah pening2 kerana mengantuk. Skrin komputer ditatap tometo dengan kusyuk. Dia menaip, sekejap berhenti kemudian menyelak-nyelak kertas dan fail di atas meja. Sambung semula menaip.
"Saya da cakap haritu dengan bos saya, biar sy serve awal2 then dia kata hold dulu, skrang da nak due date baru suruh sy buat. Bile x sampai, petang tadi pukul 5 baru die suruh saya serve direct kepada director.." tometo mengomel ke arah ku. Menerangkan betapa dia x mahu menyusahkan aku menunggu. Dalam mamai, fikiran aku sedikit blank. Tak tahu nak komen ape.
Isnin, mamai2 aku fikir pukul 5 pagi.
Aku terbangun kerana jam tometo yang berdering entah sejak bile. Mungkin dalam mimpi aku tadi yang dok membingit adalah jam ni. Sengal betul. Tiba2 satu denyutan yang sangat kuat seperti sesuatu hentakan kuat menyerang kepala. Aku menahan sakit. Sedari aku bangun, tometo pun bangun dalam kekalutan. Terus dia buka laptop.
"Kan saya da kata semalam, awak tdo dulu lepastu bangun buat kerja. Sakit kepala saya sebab awak x tutup lampu lepastu awak tdo asyik banyak bergerak.. Sy tdo pun x lena." marahku pada tometo.
"Kenapa nak marah sangat2 ni? Bukannya saya sengaja. Awak ada lagi 4jam tdo.Saya 2 jam je tdo...." panjang kami bergaduh. Puas berbalah, kami diam. Aku bangun menjerang air guna cerek letrik. Tometo meneruskan kerja. Trit... trit... bunyi printer menjalankan tugas yang diarah tometo.
Bengkak je rasa hati melihat dia dengan kerjanya. Makin dicucuk-cucuk sakit kepala mendengar bunyi mesin. Aku sabar. Baik aku sahur dahulu. Air cokelat panas dicicah biskut gula. Puas makan aku melangkah ke bilik air, ambil air semayang. Sejadah sudah dibentang. Aku duduk disebelah tometo menunggu azan. Tometo pula asyik menaip naip tanpa mengendahkan aku.
Selepas 15 minit....
"Eish nape x azan2 lagi ni.." ngomel ku seorang diri.
"Yela.. subuh kan masuk pukul 550.." celah tometo tanpa pusing mengadap aku. Mata dan jarinya masih sibuk mengadap tubuh laptop.
Mataku mengerling jam dinding yang sudah terkoyak mukanya. Ku amati betul2..
"Eish baru pukul 5.." Aku malu sendiri. Tometo x pula memerli aku. Selalunya dia mesti gelakkan aku kalau aku melakukan sesuatu yang memalukan diri.
"nape wat hal pulak ni.." marah2 tometo pada printer yang tiba2 tersekat. Kejap tekan butang ni, kejap tekan butang tu. Tak bergerak juga.
"Meh la saya buat.." aku bersuara. Tometo memandang ku dan mencebik.
"Tak payahla, biar saya buat sendiri.. nanti awak x cukup tdo.." bentah tometo. Nada yang menurun. Nada sedih.
"Saya lagi x boleh tdo kalau tengok printer ni x bole gerak," jawabku perlahan. Tometo menggeleng-gelengkan kepala besarnya.
"Saya minta maaf sebab marah2 tadi..maaf ye.." kepala tometo yang besar ku pegang aksi memujuk.
"Saya pun minta maaf sebab saya buat awak x bole tdo sampai sakit kepala.."
Aku dan tometo pun sama2 tersenyum....
... Lepas semayang aku sambung tdo... bangun je aku lihat tometo da xda... ke mahkamah la tu kalau gerak pagi sangat.. kata firasat ku....

Monday, August 9, 2010
Jangan ada Kesal
Dua hari selepas permergian arwah, aku seperti hilang semangat. Hasrat aku menjaganya tidak kesampaian. Tuhan sudah membawanya pergi di sisi-Nya. Aku terpinga-pinga. Setiap kali bangun tidur perasaan rindu yang teramat sangat menyusuk tajam ke hati. Semuanya hanya dapat dizahirkan dengan air mata. Puas tometo memujuk, aku tetap murung. Selesai solat, aku tak putus2 mendoakan agar tuhan beri aku kekuatan. Redha pemergian arwah.
Malam Ahad, mak menghubungi aku mengajak aku pulang ke rumah awah. Aku berfikir panjang. Aku jawab, aku tak kuat melihat semua yang berkaitan arwah. Mak aku menyahut dia tidak memaksa.
Ada sesuatu menyeru aku untuk pulang. Perasaan itu seperti galakkan dari arwah. Mungkin mahu aku kuat, mahu aku redha permergiannya. Pagi tadi aku pulang ke kediaman arwah. Sampai sahaja, aku lihat laman rumah sangat redup. Pandangan teralih ke atas pangkin rumah. Perasaan rindu lagi mencunak-cunak. Teringat tiap kali aku pulang, arwah akan duduk di kerusi atas pangkin dengan senyuman dan perasaan gembira melihat anak cucunya pulang. Rutin, aku terus mencium tangan, dahi dan kedua belah pipinya. Tapi pagi tadi, arwah tiada duduk di bangku itu menyambut kepulangan kami. Mata ku terus sahaja berkaca, tapi aku cepat2 kesat sebab tak mahu mak perasan. Aku tahu dia juga masih lemah. Kami naik ke atas rumah, mak cepat2 keluarkan kunci. Puas dia menyumbat masuk satu persatu kunci, namun pintu masih terkunci. Abah terus mengambil alih, mencuba semua ibu dan anak kunci. Pintu rumah masih terkunci rapat. Mak mengomel mengatakan pintu rumah itu memang selalunya arwah sahaja yang berjaya buka. Cepat2 mak menuruni anak tangga dan mengatur langkah ke rumah uncle meng minta bantuan. Uncle meng adalah jiran yang selalu tengok2kan arwah ketika dia masih hidup, jadi kalau arwah tiada dirumah uncle meng lah main peranan menjaga rumah itu. Uncle meng pun dah anggap arwah seperti ibunya.
Sementara menunggu mak memanggil uncle meng, aku pula cuba membuka pintu. Sekali cuba, pintu itu terus terbuka. Aku memanjatkan syukur. Aroma rumah yang menyimpan memori arwah menerpa. Setiap sisi rumah dipenuhi memori bersamanya. Aku seperti diuji. Perasaan rindu menjadi semakin kuat. Kuat sangat. Tilam bujang yang sudah lusuh beserta bantal tempat arwah beradu ku pandang sepi. Aku terus baring ke atas tilam. Melepaskan rindu. Agak lama aku dipembaringan. Semua memori tatkala aku baring disebelah arwah ketika hidup bermain laju difikiran seperti pita yang dimainkan semula.Apabila ku merasa puas, aku bangun dan berjalan ke ruang meja makan. Aku duduk pula di kerusi arwah selalu duduk waktu makan. Kemudian aku berjalan ke bilik. Pintu bilik kutolak perlahan. Sejadah dilipat dua yang diletakkan diatas kerusi masih kekal mengadap kiblat. Aku duduk dihadapannya. Bayangan arwah mengaji selepas menunaikan solat subuh menjelma di ingatanku. Sekali lagi, mataku berkaca dan mengalir perlahan tanpa dapat kutahan. Arwah selalu berpesan jangan tinggal solat. Beberapa ketika mak memanggil nama ku. Aku menuruni anak tangga ke ruang dapur. Ku amati setiap sudut dapur. Pandangan ku tertacap di sudut arwah duduk untuk mengawasi masakan keluarganya. Anak, cucu dan menantu yang duduk dihadapan bersedia menerima semua arahan darinya untuk menyiapkan hidangan makanan mengikut citarasanya. Perasaanku sepi. Pandangan terus beralih keluar jendela dapur. Sebuah pondok kecil tempat arwah membuat unggun api masih kukuh seperti dahulu. Mak menyapa ku dari belakang, Dia menyuruh aku menghidupkan api dapur. Kepala gas sudah dipasang tetapi mengapa api dapur tak dapat dihidupkan juga, Mak memanggil abah pula. Abah turun dan cuba menghidupkan api dapur. Juga tidak Berjaya. Kepala gas diperiksa lagi. Cara pemasangan betul. Gas pula diangkat. Masih berat. Mak bersuara mengatakan arwah cuba sekali sahaja dah berjaya. Abah tidak berputus asa. Dia melihat teliti kepala gas lalu bersuara “kepala gas ni terbalik, selalunya kita pusing kebawah, yang ni pusing ke atas,”. Pemetik dipusing dan api berjaya dihidupkan. Aku dan mak tersenyum. Mungkin arwah juga tersenyum. Selesai sahaja aku menggoreng ikan, aku teringat pondok kecil tadi. Aku masih belum ke situ. Tanpa berlengah, aku keluar melalui pintu dapur dan berjalan ke arah pondok. Sampai sahaja aku lihat timbunan kayu tersusun kemas di sisi pondok. Aku duduk mengadap tapak unggun. Teringat kenangan aku bersama arwah menyalai ayam. Arwah lah yang mengajar aku kehidupan di kampung. Aku diajar menangkap ayam dan proses2 seterusnya yang wajib dilakukan sendiri. Kalau dibandar ayam dibeli dan tinggal untuk dimasak sahaja. Tapi dikampung semuanya harus berdikari. Aku tersenyum sendiri. Langkah mula diatur ke atas rumah. Aku mula merasa selesa. Kerinduan dan kesedihan aku seperti terubat di rumah itu. Dengan bersemangat aku memulakan operasi matlamat kami pulang. Aku, along, abah dan mak menjalankan peranan masing2. Kami mula bekerja membersihkan rumah arwah. Rumah disapu dari setiap sudut. Semua sarung bantal dan tilam ditanggalkan dan dibasuh. Tilam lusuh tadi dijemur. Pangkin rumah juga dibasuh sehingga menuruni anak tangga. Uncle meng juga turut membantu memasang tiub getah yang panjang dari sumber air perigi. Petang itu kami menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang selalu kami buat ketika dikampung. Kami mengait buah manggis dan rambutan, yang meluyut-luyut hampir mencecah bumi. Mudah saja kami memetik. Aku dan Along membalut setiap biji buah belimbing muda dari dimamah serangga perosak. Kemudian, kami menyapu daun kering sekeliling rumah dan membakarnya. Selesai sahaja, aku mengait buah kelapa muda. Aku menunjukkan pada mak, bagaimana arwah mengajar aku mengait kelapa. Sebenarnya aku masih terkial-kial. Arwah sekali jolok sahaja buah sudah bergolek ke bumi. Kami melepaskan lelah dengan minum air kelapa muda di atas pangkin rumah. Jelas diwajah setiap kami kegembiraan dan kepuasan hati yang tidak kami suarakan. Perasaan itu dibiarkan sebati dihati.
Usai solat mahgrib kami mengatur langkah pulang. Sebelum menutup pintu pagar aku dan along menoleh memandang rumah tua itu. Lalu aku bersuara “selalunya kita balik, rumah ni berlampu, tapi kali ni gelap buat kali pertama.”
“Buat pertama kali jugak kita balik dengan perasaan sayu..” jawab along perlahan.
P’s: Kata abah jangan ada kesal, ini semua urusan tuhan. Arwah meninggal dunia pada hari jumaat selepas subuh. Pengurusan jenazah arwah juga sangat mudah dan cepat. Anak cucu dan menantu semuanya dapat mencium pipi arwah buat kali terakhir. Masa hidup, arwah memang tidak suka menyusahkan orang, jadi Allah merahmati arwah dengan kesempurnaan pengebumiannya. Rezeki arwah juga murah. Kami sekeluarga sudah disediakan makanan yang melimpah ruah dari jiran tetangga. Kenduri tahlil juga berjalan dengan sempurna. Minggu terakhir sebelum arwah pergi, dia sudah menyesaikan semua haknya. Arwah tidak mahu anak beranak berkelahi kerana arwah mahu pergi dengan tenang. Tiada apa yang tersimpul arwah tinggalkan untuk anak2 uruskan. Semuanya arwah selesaikan sebelum dia pergi ke sisi maha Pencipta.
Kini, kami semua harus meredhai pemergiannya dan meneruskan kehidupan tanpanya. Kepulangan aku ke kampung memberi aku sedikit kekuatan untuk menerima pemergian arwah. Kekuatan pada aku untuk teruskan hidup dan mengerti erti berdikari dan penghargaan. Arwah sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Abaikan semua rasa terkilan dan kesal disebabkan sesuatu yang tak dapat kita lakukan yang terbaik buat arwah semasa hidupnya. Apa yang penting adalah doa dan amal kita untuk bekalan arwah di alam barzah sebelum datangnya hari kiamat.
~al-fatihah untuk arwah seriah binti buyut-

Friday, March 13, 2009
The Art of Hypocracy
Hipokrit. Jangan nak nafi kau tidak hipokrit. Kenapa kau tak mampu terus terang. Kenapa kau kena telan apa yang kau tak suka. Hey frend i think you should read follow your heart.
Kau hipokrit sebab kau takut. Takut orang tak suka kau. Takut kau dipulaukan atau dibenci. Kau nak orang nampak kau orang yang paling cool, baik, innocent dan best!. Padahal kau sebenarnya buat orang rasa terhina.
Kau pakai topeng. Pakai mekap tebal2. Kau nak jadi macam watak Natasha atau Bawang putih. Watak yang tak kisah diri dianiaya. Ko nak tunjuk diri ko yang ditindas, dan bernasib malang. Ko nak orang kesian kat ko dan nampak ko betul.
Padahal ko sebenarnya tak da pendirian. Ko tak berani luahkan apa yang ko tak suka. Sekarang aku nak bagitahu ko kenapa orang yang ko sayang tu pergi kat orang lain. Memang la orang yang ko suka tu jerk dan loser tapi ko pun sama jugak loser!!!
1) Ko masih tunjukkan ko tak kisah setiap kali dia keluar dengan perempuan lain. Ko tak marah, tak pulaukan dia. Kau layan dia baik. aku tahu ko buat macam ni sebab ko nak dia yang jerk tu anggap ko tu satu2nya awek yang baik. Aku tahu sebenarnya ko takut hilang dia. Ko takut kalau ko marah2 dia betul2 pergi kat perempuan tu.
2)Ko tak suka dia tak layan ko. Ko tak suka dia buat ko macam tunggul kat rumah, tunggu dia balik tak tentu masa. Walhal ko tahu dia pergi berfoya dekat luar. Ko tak nak tanya dia, ko takut. ko takut dia fikir ko kongkong. Ko rasa sangat tak cool macam tu.
3) Ko tak cakap apa sebenarnya yang ko suka dia buat. Bagi ko, apa yang dia suka buat ko pun suka. Asalkan dia still dengan ko. Ko letakkan harapan kosong macam tu kat dia.
4) Aku tak paham kenapa ko nak jumpa dia lagi walhal ko benci apa yang dia buat kat ko. Ko benci dia kapel jugak ngan perempuan tu. Tapi ko jugak tergedik-gedik nak jumpa dia. Ko cakap ko benci perempuan tu sebab rampas balak ko. Realitinya ko tak sedar, balak ko pergi kat perempuan tu sebab ko ngan balak ko sama je jerk. Balak ko da semulajadinya jerk. Ko pulak jerk sebab ko hipokrit.
5) Kalau ko berterusan berperangai macam ni. tak berani berterus terang. Aku jamin sampai ko matipun ko akan bernasib malang. Ko kena pk nak jadi baik bukan perlu jadi bodoh! aku ulangi lagi tak perlu jadi BODOH. Kan ada istilah mengatakan buat baik biar berpada-pada buat jahat jangan sekali.
Monday, March 2, 2009
Uncertainty
last week, I've already decided to quick from my 'Amar' job. I feel release, but i feel like stuck on my own decision. I'm fear of what is going to happen. I put the risk of my track to be uncertainty.
missing track
Semalam aku dipanggil 'Amar Degree Holder'. Bekerja di kedai serbaneka 24 jam. Hidup aku tak menentu. Tak kira malam atau siang. Gara-gara aku bergaduh dengan nonok, aku banyak dijadualkan kerja sebelah malam. Tak apalah aku bersabar. Kerja aku utamakan dulu. Perasaan marah aku ketepikan. Aku masih berkomunikasi dengan nonok seperti biasa. Seolah-olah tak ada apa terjadi antara aku dan dia. Dia tengok aku boleh berlakon dengan baik, jadi dia pun cuba berlakon menjadi aktor terbaik bagi melengkapkan cerita drama kami.
mungkin ini dipanggil 'profesionalisme' bagi kebanyakkan orang. Apapun aku bangga sebab aku boleh beriaksi seperti itu.
Apapun, terima kasih atas pengalaman lepas. Aku belajar untuk lebih berfikiran matang dan menghargai peluang.
Subscribe to:
Posts (Atom)