Adakah kekuatan merentasi permaidani kebenaran?
Saat bila ku pejamkan mata, ingatan berputar ligat mengingati imbauan silam
Nyata semua tu tak mahu ku ulang.
Kekesalan tidak mahu ku coretkan tetapi tak mahu juga ku nafikan.
Ruang keceriaan yang ku tuntut selama ini, makin meresap menjadi molekul.
Kekosongan, ketandusan mahupun keciciran juga perhiasan diri
Yang terpampang hanya sementara
Mungkin tiada keberkatan kebahagian itu
Mata dunia menyisip sepi dunia jajahanku
Jika percaturan petak melangkah ke hadapan
Aku pula mengorak ke belakang
Biarpun ku tahu arah yang patut kuikuti
Biarpun kebenaran permaidani hakiki
Setiap detik persoalan menerjah gelombang kekuatan
Kondisi menuntut kesanggupan sanubari
Melayari arus ke muara kebenaran
No comments:
Post a Comment