Tanggungjawab ialah satu nilai dan tindakan yang berupaya untuk menanggung beban, amanah dan akauntibiliti. Tak semua penulis mampu berpegang kepada nilai ini. Tanggungjawab penulis berupaya memberi kesan kepada pembaca samada baik atau sebaliknya.
Bila aku terbaca tweet Ustaz Azhar Idrus 'Kamu akan disoal tentang setiap yang kamu tulis oleh Allah kelak' aku terus berfikir perkataan2 yang aku tulis. Adakah perkataan aku menyinggung perasaan pembaca? menghina? memotivasi? atau merosakkan minda?
Aku cuba muhasabah diri. Mencari dan menyesali kesilapan diri. Aku mohon maaf andai penulisan aku menyinggung hati pembaca dan berharap pembaca dapat menilai apa yang baik dan buruk. Sekiranya penulisan aku baik untuk dicontohi dan diikuti bolehlah ambil dan begitulah sebaliknya. Sebagai manusia yang dikurniakan akal sila buat penilaian yang mendalam. Aku hanyalah hamba-Nya yang daif lagi hina. Jika aku salah tolong betulkan aku. Aku sedia menerima teguran dan kritikan.